Anwar kelirukan rakyat, PeKT memberdaya komuniti bukan badan politik
Pegawai Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet membidas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan team cytroo PKR kerana silap membezakan antara Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang disamakan dengan NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Menurut Rosman, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) adalah rakan strategik komuniti yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memperkasakan agenda Dasar Komuniti Negara.
Lima tugasan utama PeKT adalah Bomba komuniti, urban farming (Kebun Komuniti), demonstarsi bomba kepada surirumah, ‘trash to cash’ dan penglibatan urustadbir bersama komuniti setempat.
Selain itu, prestasi PeKT yang dilantik akan dipantau dan dinilai selama empat bulan. PeKT akan bertanggungjawab melaporkan aktiviti dan program kepada KPKT sebagai memastikan mereka menjalankan tugasan sebagaimana yang dikehendaki oleh KPKT.
“Matlamat pokoknya, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) adalah memberdaya komuniti seiring dengan Dasar Komuniti Negara.” tegas Rosman
Tambah Rosman lagi, Anwar jangan bermain politik sangat sehingga membutakan masyarakat daripada maklumat yang tepat.
ROSMAN JONET
Pegawai Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Timbalan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Port Dickson