KPKT DI BAWAH ZURAIDA KAMARUDDIN

Selepas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan pada 29 Februari lalu, perhatian umum tertumpu pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Tentunya kerana Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudidin sekali lagi dilantik sebagai Menteri bagi kementerian tersebut.

Kalau dalam politik, anda hanya sukakan gosip, mungkin anda tidak kenal Zuraida Kamaruddin. Ahli Parlimen Ampang selama tiga tahun berturut-turut ini bukan seorang pemimpin yang bising di media sosial dengan segala macam lawak dan troll. Zuraida, seperti yang umum tahu khususnya penduduk Ampang – serius, kerja kuat dan tidak banyak alasan.

Buktinya, setelah mengepalai KPKT pada 2018, kementerian ini mula menjadi perhatian rakyat sebagai kementerian utama. Kepimpinan beliau di KPKT serius – tidak ada main politik. 

Pada 15 Oktober 2018, Datuk Halimah Sadique dari Barisan Nasional (pembangkang ketika itu) telah menjadikan Zuraida sebagai contoh kepada menteri lain.

Kata Halimah, “Tahniah kepada YB Menteri kerana bukan semua Menteri boleh buat macam Menteri KPKT yang meneruskan kesinambungan usaha yang telah dimulakan oleh mantan Menteri daripada Tanjong Karang (pembangkang ketika itu)”.

“Bukan semua Menteri boleh buat macam Menteri KPKT kerana ada Menteri apabila usaha permulaannya diusahakan dan dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu, kebanyakan Menteri dia batalkan, tangguhkan”, tambah Halimah lagi.

Pujian Halimah membuktikan ketika memegang tanggungjawab sebagai Menteri, Zuraida meletakkan soal politik di tepi. Inisiatif dan polisi yang memberi manfaat kepada rakyat diteruskan.

Hasilnya, melalui Dasar Perumahan Negara 2018-2025, pada tahun 2019 sahaja KPKT telah menyediakan 3,701 unit rumah PPR bagi kumpulan sasaran B40, 4,577 unit rumah untuk penjawat awam dan 29,461 rumah telah terjual melalui kempen Home Ownership Campaign (HOC). 

Pencapaian ini telah membantu lebih 35,000 keluarga mendapatkan tempat perlindungan sendiri (bukan sewaan) khususnya dari golongan B40 – tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

Bagi komuniti bandar, pada tahun yang sama juga KPKT telah berjaya membaik pulih 1,469 unit rumah di kawasan bandar di bawah Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif serta 43 projek menaiktaraf perumahan berstrata yang memberi manfaat kepada 80,000 penduduk.

Namun, KPKT di bawah Zuraida tidak hanya memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur sahaja. Pembangunan juga melibatkan hubungan sosial masyarakat bagi membentuk generasi yang lebih mampan.

Dalam usaha memberdaya (empowerment) komuniti, Dasar Komuniti Negara (DKN) telah dibentuk. Tujuannya, membangunkan komuniti secara inklusif demi mencapai kesejahteraan hidup dan saling kerjasama.

Tugas memberdaya komuniti ini lebih berat daripada membangunkan infrastruktur. Membina kediaman lebih susah dari membina rumah. Apatah lagi perubahan zaman teknologi media sosial, nilai invidualistik semakin menebal dalam kalangan masyarakat.

Menggalas tanggungjawab memberdaya masyarakat yang kian rumit, sepanjang tahun 2019, sebanyak 18 buah pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti telah diwujudkan.

Dengan tertubuhnya Sekretariat Muafakat Komuniti yang ditempatkan di setiap komuniti PPR, sekteriat ini menjadi platform pemudah cara menghubungkan antara komuniti dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO. Tentunya langkah ini meningkatkan lagi capaian masyarakat kepada maklumat dan aktiviti yang berupaya membangunkan komuniti.

Melalui sekteriat ini juga, program memberdaya komuniti yang dirangka bagi membentuk masyarakat saling harmoni dan peka dengan sosial sekitarnya dapat dilaksanakan.

Hasilnya, sepanjang 2019 sebanyak 102 program memberdaya komuniti yang melibatkan 13,937 peserta dan kolabrasi bersama sektor awam dan swasta telah dilaksanakan – 40 program sosial, 18 program kebersihan/baik pulih, 12 program keusahawanan dan 18 program komuniti.

Pembangunan infrastruktur seiring pemberdayaan komuniti menjadikan pembangunan masyarakat lebih seimbang, dari sudut fizikal dan mental. Tentunya membangunkan masyarakat yang seimbang dan berdaya maju merupakan pelaburan tidak ternilai bagi negara sedang membangun seperti Malaysia.

Semoga KPKT terus maju jaya demi generasi akan datang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: