Ziarah Kasih Program Mingguan PKN Kapar.

Tidak lekang dengan program berbentuk kebajikan, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kapar konsisten mendekati dan menyantuni golongan-golongan yang memerlukan di tiga dun terlibat iaitu Sementa, Meru dan Selat Klang.

Dengan mengangkat dasar keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan bantuan seperti wanita, OKU, ibu tunggal, kanak-kanak, warga emas, dan daif serta perkhidmatan sosial di dalam Dasar Komuniti Negara, PKN Kapar menjadikan program Ziarah Kasih sebagai program mingguan mereka.

Hujung minggu lepas, Ahli Dewan Negeri Sementa, YB Dr Daroyah Alwi mengetuai Ziarah Kasih ke lima buah kediaman sekitar Dun Sementa. Antaranya adalah pesakit kanser yang berusia 12 tahun dan seorang warga emas yang lumpuh terlantar di rumah.

Berbeza dengan sebelum ini, program yang dijalankan meriah terpaksa dihadkan penglibatannya demi mematuhi arahan PKP bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Ziarah Kasih nyata dekat di hati masyarakat apabila pimpinan tempatan hadir terus ke kediaman sama ada warga emas, pesakit yang terlantar mahupun keluarga yang menghadapi bencana untuk melihat sendiri keadaan hidup mereka.

Dalam sesi lawatan yang akan turut dihadiri wakil dari JKM juga Zakat, sebarang keperluan dapat terus dipanjangkan kepada agensi yang sepatutnya.

Tanpa mengira perbezaan warna kulit dan fahaman politik, PKN Kapar segera mengenalpasti siapa sahaja yang memerlukan bantuan dan menyusun waktu lawatan mengikut kawasan.

Hasrat Menteri KPKT, YB Zuraida Kamaruddin agar PKN menjadi nadi kepada menggerakkan komuniti setempat ternyata semakin memperlihatkan hasil yang positif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: