KOMUNITI HAB: BIAR ‘HANDSOME’, JANJI KAYA

“Biar handsome, janji kaya’, kata Azizi Zainal, salah seorang peserta Projek Komuniti Hab di PPR Taman Dagang, projek anjuran Urbanice.

Selari dengan semangat Dasar Komuniti Negara, Program Komuniti Hab merupakan inisiatif bagi menggalakkan golongan B40 membina komuniti sihat selaras dengan Dasar Komuniti Negara dan Agenda Mampan 2030. 

Komuniti Hab dibina dengan mengguna kontena yang diubah suai menjadi ruang pelbagai guna yang dilengkapi dengan ruang bacaan dan perpustakaan mini. Dengan teknologi tenaga solar, kontena ini menjadi ruang untuk komuniti bercucuk tanam (urban farming) atau menjadikan hab ini sebagai ruang santai dan beriadah.

Sebagai tempat yang menawarkan gaya hidup aktif, projek ini juga memberi peluang untuk komuniti khususnya golongan belia untuk menjana pendapatan melalui aktiviti ekonomi yang bersesuaian dengan komuniti setempat seperti ‘urban farming’, kedai gunting rambut, kelas ukiran dan aktiviti ekonomi yang bersesuaian.

Hab ini juga menjadi ruang untuk komuniti setempat membina jaringan dan meningkatkan capaian mereka terhadap peluang pekerjaan yang bersentuhan dengan kemahiran komuniti setempat. 

Setelah setahun, program ini mula menunjukkan hasilnya. Komuniti Hab di PPR Beringin di Kepong dan Flat Taman Dagang di Ampang bukan sahaja digunakan komuniti setempat untuk berkumpul, malahan sebagai pusat aktiviti seperti bergotong-royong, riadah, membaca buku, kelas dan bengkel kemahiran yang berpeluang menjana ekonomi.

Timbalan Pengerusi Komuniti Hab PPR Beringin, Faizul Fadzlah berkata sejak Komuniti Hab itu diwujudkan, semangat kejiranan semakin erat kerana sebelum ini komuniti di kawasan ini kurang melakukan aktiviti dan program komuniti.

“Dengan wujudnya Komuniti Hab, komuniti ini mula berinteraksi, saling kenal dan ini memudahkan untuk mereka saling bekerjasama dalam program yang memberi impak kepada komuniti dan ekonomi seperti kelas tuisyen untuk komuniti setempat”.

Bagi Pengerusi Projek Komuniti Hab Taman Dagang, Abdullah Rafar, “Komuniti Hab di sini menggunakan kontena yang diubah suai menjadi ruang pelbagai guna dilengkapi ruang bacaan dan perpustakaan mini”,

“Kalau dulu mereka akan melepak atau menjalankan aktiviti di parkir kereta di kawasan perumahan, kini mereka mempunyai tempat yang lebih ceria untuk berinteraksi malahan bilik yang disediakan digunakan untuk kelas mengaji dan pembelajaran”.

Bukan hanya memberi ruang sosial dan menjana pendapatan, malahan Komuniti Hab berperanan menyatupadukan masyarakat Malaysia berbilang bangsa. Perkara ini diakui oleh salah seorang ahli Komuniti Hab di Taman Dagang.

“Masyarakat di sini berbilang bangsa, kalau ramai turun, kitab oleh lihat kepelbagaian antara kita yang berinteraksi dengan harmoni serta dapat mengenali lebih rapat”.

Jelas, komuniti hub bukan sahaja menyediakan ruang untuk melakukan kegiatan sosial seperti riadah, malahan dapat meningkatkan ekonomi komuniti. Oleh sebab itu, Azizi Zainal berani kata, “biar handsome, janji kaya” kerana sihat, cergas dan berpendapatan merupakan tujuan utama komuniti hab khusus buat belia bandar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: