Penggerak Melaka istiqamah bela rakyat, kritikan Anwar bersifat dendam kesumat

Penggerak Dasar Komuniti Negara – Negeri Melaka menzahirkan rasa kekesalan teramat sangat diatas kritikan dilemparkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

YB Datuk Muhammad Jailani Khamis, Pengerusi Penggerak Negeri Melaka

Menurut kenyataan Pengerusi Penggerak Melaka, YB Datuk Muhammad Jailani Khamis, kritikan ini tidak melambang kebijaksanaan dan kematangan daripada Anwar yang sekian lama berada di lanskap politik negara.

Tambah Jailani lagi, secara jelasnya kritikan ini adalah berasaskan dendam kesumat terhadap seseorang (YB Zuraida Kamaruddin) yang kini tidak lagi memberi dan menyatakan sokongan secara total kepada cita-cita dan hasrat peribadi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ke 7, ke 8 dan terakhir yang ke 9.

Namun Penggerak Komuniti Negara (PKN) yakin setelah pasca pru14, rakyat Malaysia sudah celik dan cerdik.

“Kita tidak selamanya akan dijadikan modal politik oleh segelintir pemimpin yang menjadikan agenda peribadi sebagai teras perjuangan dengan mengorbankan rakyat serta negara.” tegas Jailani.

Oleh yang demikian wajar kita perhalusi 8 kluster Dasar Komuniti Negara yang telah digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menjadi asas kepada pergerakan PKN.

“Justeru itu rakyat Malaysia dialu-alukan untuk membuat semakan di laman sesawang kementerian serta laporan pergerakan PKN di semua peringkat menerusi akaun Facebook bagi mendapatkan pencerahan yang sebenarnya.”

“Yang pentingnya kumpulan sasar didalam Dasar Komuniti Negara ialah rakyat. Dari rakyat kepada rakyat.” jelas Jailani lagi.

PKN kini menjadi agen perubahan di dalam komuniti setempat bagi memberi maklumbalas yang tepat tentang usaha kerajaan dengan keazaman dan kesungguhan membantu meringankan beban.

Usaha ini adalah berterusan tanpa ganggu gugat dengan isu remeh temeh(retorik) yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. PKN akan terus berusaha menyantuni rakyat melangkaui ras, agama dan status.

Sayugia diingatkan bahawa pergerakan PKN adalah istiqamah perjuangan membela nasib rakyat apatah lagi didalam pandemik COVID19 yang melanda seluruh dunia.

“Sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan PKN akan berusaha memastikan perlaksanaan untuk membantu rakyat bukanlah sebuah agenda politik mahupun ucapan retorik serta hipokrit seperti sesetengah individu yang tidak keruan tanpa memikirkan nasib rakyat dan negara.”


“Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita terus bergerak kehadapan menghadapi cabaran yang lebih besar didalam suasana pandemik COVID19 dan memberi sokongan tanpa belah bahagi didalam membantu usaha usaha kerajaan agar penularan COVID19 dapat dikawal.” kata Jailani di akhir kenyataan beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: