Perikatan Nasional umum pelantikan Pengarah Pilihanraya dan penubuhan Badan Perhubungan Negeri

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah bermesyuarat pada 9 November 2020 dan memuktamadkan beberapa keputusan bagi mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional sebagai parti politik yang menerajui kerajaan hari ini.

Untuk memperkasakan gerak kerja parti di peringkat akar umbi secara menyeluruh, Majlis Tertinggi bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional bagi menyelaraskan aktiviti parti di peringkat negeri.

Dalam hal ini, Pengerusi Perikatan Nasional akan melantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri yang akan memanggil dan mempengerusikan semua mesyuarat Badan Perhubungan Negeri.

Selain itu, Majlis Tertinggi bersetuju sebulat suara melantik YB Dato’ Seri Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional bagi mengetuai persediaan jentera pilihan raya parti.

Sayap Pemuda Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Ir. Ts. Khairil Nizam juga diminta untuk merancakkan lagi aktiviti di peringkat akar umbi agar dapat merapatkan silaturahim antara ahli-ahli parti.

Majlis Tertinggi percaya keputusan-keputusan ini bakal memantapkan lagi gerak kerja Perikatan Nasional di semua peringkat dan menambah baik koordinasi dalam kalangan parti-parti komponen Perikatan Nasional.

DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
SETIAUSAHA AGUNG
Perikatan Nasional
10 November 2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: