Plastik Inovasi Baik Yang Disalahguna Manusia.

Teknologi plastik tidak dapat disangkal lagi menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi dunia hari ini.

Tapi adakah anda tahu apa ironi paling tidak masuk akal tentang plastik sekali guna?

Kita teguk air botol dan sedut kopi ais dengan straw plastik, nikmatnya cuma 3 minit, tetapi kebejatan yang ditinggalkan untuk alam sekitar akan kekal menbarah selama seribu tahun.

Agenda memerangi ironi ini tidak mudah kerana plastik kini rakan karib yang sangat intim dengan kehidupan manusia. Plastik memudahkan hidup kita sehari-hari dengan sejuta cara. Ia sudah jadi satu industri agung yang menjana limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan secara signifikan.

Menghentikan sesuatu yang sudah mendarahdaging dalam ekosistem komuniti, pasti berdepan banyak tentangan dan cabaran.

Bumi kita hanya satu. Inilah tempat kita membina kehidupan masakini. Inilah juga yang akan memberi kehidupan kepada seribu generasi mendatang.

Sesuatu perlu dilakukan untuk memulihara warisan ini agar terus kekal sihat. Ya, seruan anak syarikat di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, SW Corp SDN BHD melalui kempen Jangan Gunalah dan beberapa inisiatif lain yang dijalankan mungkin tidak boleh selamatkan seluruh bumi.

Tetapi jika semua pihak lakukan usaha kecil di tempat masing-masing, secara kolektif itu akan menjadi satu gerakan yang besar.

Sebenarnya kita tidak ada pilihan lain. Kita mesti membebaskan bumi daripada terus sesak dengan pencemaran plastik. SEKARANG!

Sebab ketika ini, ia sudah pun nyawa-nyawa ikan, tetapi tenat!

Jadi, tidak kira saya, awak, dia mahupun mereka, kita mulakan sekarang. Demi bumi yang bakal kita wariskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: