Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan (VAMCO) yang berada di kedudukan 1,108 kilometer (km) ke timur laut Sandakan di Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut itu kira-kira 333 km ke barat laut Pulau Samar di Filipina.

“Berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, angin taufan itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 km sejam (km/j).

“Kelajuan angin taufan itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 126 km/j,” menurut kenyataan itu.

Justeru, MetMalaysia memaklumkan bahawa keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: