BOMBA DALAM MASYARAKAT PASCAMODEN

Dalam Belanjawan 2020, kerajaan mengumumkan pemberian Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan kepada 14,400 anggota pasukan itu dengan peruntukan RM35 juta. Dalam belanjawan yang sama, Pasukan Khas Bahan Kimia (HAZMAT) dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah diberikan intensif tambahan.

Manakala dalam Belanjawan 2021 atau dipanggil Belanjawan COVID-19 yang dibentangkan kelmarin, elaun lebih 1,900 pegawai bomba bantuan dinaikkan kepada RM8 sejam bermula 2021.

Memetik kata Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, “KPKT terus memastikan aspek kebajikan, keselamatan dan kesihatan warga anggota bomba sentiasa dijaga dan terpelihara dengan mengkaji beberapa keperluan lain termasuk elaun tugas pasukan khas serta kadar Bayaran Insentif Bomba yang bertugas secara syif”.

Pasti kita tertanya, kenapa Bomba mendapat perhatian semenjak dua menjak ini dari kerajaan, khususnya KPKT?

Kalau beranggapan tindakan kerajaan memberi perhatian kepada anggota Bomba merupakan satu tindakan populis, kita silap. Dalam mana-mana siri drama sama ada tempatan atau luar negara, pekerjaan seperti polis, askar atau doktor lebih pop berbanding bomba. Buktinya, Gerak Khas, Paskal, Polis Evo dan Greys Anatomy.

Memetik kata Zuraida lagi dalam salah satu perbahasannya di parlimen, “tugas mereka (bomba) kini umpama ‘social rescue’ yang mana sedia berkhidmat tanpa mengira masa malah segera ke lokasi apabila menerima aduan termasuk tersepit di pintu lif, kucing tidak dapat turun dari pokok, ular masuk rumah dan sebagainya,” 

Jawapan Zuraida menunjukkan keprihatinan KPKT. Perubahan masyarakat moden kepada masyarakat pascamoden kesan dari globalisasi dan evolusi komunikasi menyebabkan masalah komuniti lebih rumit dan pelbagai. Perubahan masyarakat ini menyebabkan skop kerja anggota Bomba yang lebih luas dan memerlukan kemahiran yang pelbagai dalam melaksanakan tugas mereka.

Bomba bukan hanya sepasukan anggota berceloreng merah yang berperanan memadamkan kebakaran, mengeluarkan mangsa kemalangan tersepit atau menangkap ular di dapur rumah orang. Tugas bomba lebih dari itu, umpama ‘social recue’, dalam masyarakat pascamoden yang lebih sophisticated. 

Kebiasaan kita dengar kes cincn tersekat di jari. Jarang berlaku namun dalam situasi kritikal, pihak Bomba akan bertindak memotong concin tersebut. 

Namun, ada kes yang lebih ‘rare’. Dua tahun lepas di Kota Bharu, Kelantan, anggota Bomba terpaksa memotong cincin yang melekat di alat sulit seorang mangsa yang tidak dimaklumkan jantinanya.

Ada satu kes di Tangkak, Johor apabila seorang remaja lelaki berusia 16 tahun memasukkan alat sulit ke dalam lubang paip besi dan gagal mengeluarkannya semula selama lebih kurang satu jam sehinggalah masalah ini diselesaikan oleh pihak bomba.

Di Batang Berjuntai pula, sepasukan anggota Bomba ditugaskan meyelamatkan seorang warga emas berumur 60 tahun yang menanggung azab selepas sebatang paip PVC tersangkut pada kemaluannya dan gagal ditanggalkan.

Kedengaran kelakar, namun ini sebahagian kes yang terpaksa dihadapi anggota bomba. Mereka buka sahaja berurusan dengan keselamatan fizikal, malahan tugasnya terkait dengan masalah mental yang berupaya memberi kesan kepada keselamatan fizikal.

Sadisme, fetishism dan beberapa hal berkaitan seksualiti dan sensualiti dalam kalangan masyarakat kesan daripada teknologi media menyebabkan pelbagai perlakuan bersifat ‘devian’ atau menyimpang dari norma yang menyebabkan berlakunya kemalangan ‘seksual’ yang akhirnya diselesaikan oleh pihak Bomba. 

Berdepan dengan masalah kesihatan mental masyarakat yang semakin meningkat saban tahun, pihak Bomba telah membuktikan peranannya dengan menggagalkan beberapa cubaan bunuh diri. 

Ogos lepas, tindakan pantas sepasukan anggota bomba telah menyelamatkan seorang lelaki dari cubaan membunuh diri dari tingkat 5, Flat Sri Johor, Cheras. Dikatakan pihak bomba menggunakan cara ‘rapelling’ iaitu menurunkan dua anggota dari atas bumbung flat kemudian menutup pintu utama koridor selepas gagal memujuk lelaki berkenaan. 

Sumber : Berita Harian

Pasti, cubaan bunuh diri bukanlah perkara janggal di Malaysia pada 2020. Kajian Morbidity Kesihatan Kebangsaan mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja di Malaysia berusia 13 hingga 17 tahun menunjukkan peningkatan trend sebanyak 10 peratus. Pada 2017, statistik menunjukkan 1 daripada 5 remaja mengalami gejala kemurungan, 2 daripada 5 mengalami keresahan dan 1 daripada 10 mengalami stres. 

Semua gejala ini cenderung untuk terlibat dalam cubaan bunuh diri. Pastinya kecenderungan ini memberi lebih cabaran dan tekanan kepada anggota Bomba. 

Jadi, dengan cabaran masyarakat pascamoden, tidak dapat tidak pasukan Bomba wajar diberi perhatian dan diperkasakan. Memetik kata Zuraida lagi, kali ini sempena Hari Bomba Sedunia 2020, “tugas yang digalas anggota bomba kian mencabar saban hari dan wajar diberikan penghargaan tinggi… tanpa mengira masa, kaum dan agama, mereka sentiasa bersedia menabur bakti”.

Terima kasih wira kita!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: