Maybank PD permudah urusan PeKT Parlimen Port Dickson
13 November, PORT DICKSON: Pihak pengurusan Maybank cawangan Port Dickson Waterfront telah mencapai persetujuan bagi urusan pembukaan akaun bank untuk semua anggota Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Port Dickson.

Pengurus Maybank cawangan tersebut, Puan Baidura Bachik dan Pegawai Penyelaras Kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet dalam satu pertemuan hari ini telah membincangkan urusan permohonan pembukaan akaun untuk semua Penggerak Komuniti Tempatan Majlis Perbandaran Port Dickson (PeKT) dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Maybank Port Dickson.

Pertemuan tersebut juga memberi penerangan dan taklimat kepada pengurusan Maybank mengenai penubuhan PeKT KPKT di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan – MPPD.
Penubuhan PeKT bertujuan untuk merealisasikan Dasar Komuniti Negara (DKomN). PeKT juga berperanan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat memperkasakan komuniti dan kesejahteraan bandar.