Badik & Tumbuk Lada tradisional sebagai identiti negeri Melayu

Apabila topik senjata tangan Melayu dibicarakan, keris menjadi sebutan paling popular.

Namun sebenarnya terdapat beberapa senjata tangan Melayu yang wujud mengikut negeri-negeri dalam Semenanjung Malaysia dulukala sinonim dengan gelaran Tanah Melayu.

Badik Kedah

Negeri Kedah mempunyai senjata tangan Melayu yang dinamai sebagai Badik Kedah. Ciri-ciri khusus badik ini ialah bentuk bilah yang lurus dan nipis tetapi besi yang kuat. Walaupun ia ‘cross over’ daripada rekabentuk Badik Bugis Luwu namun ia dibezakan dengan bentuk hulu yang tidak bertemin (cincin atau pendokok) yang memisahkan bahagian pangkal hulu dan bilah.

Badik Kelantan
Badik Kelantan

Kelantan juga negeri yang paling banyak menghasilkan senjata tangan Melayu. Orang Kelantan adalah warganegeri yang kreatif dalam penghasilan kesenian dan kebudayaan termasuk persenjataan tangan.

Badik Kelantan dihasilkan di negeri Cik Siti Wan Kembang mempunyai ciri unik dengan bilah berpamor (damascus steel) serta ‘ketandaan’ pada bilah.

Badik Sepat

Satu lagi badik buatan khas negeri Kelantan adalah Badik Sepat. Badik jenis ini biasanya menjadi pakaian peribadi orang-orang Kelantan. Matanya pendek dan agak lebar mengikut bentuk ikan sepat. Badik lebih senang dibawa kerana saiznya kecil berbanding keris.

Tumbuk Lada Kedah

Ada juga tumbuk lada dari Kedah cuma ia dibezakan rekabentuk dan ukiran biasa (bukan ukiran tembus) pada hulu dan sampir.

Tumbuk Lada Minang

Tumbuk Lada merupakan senjata tangan tradisional dari Negeri Sembilan. Pengaruh budaya dan warisan Minangkabau mempengaruhi kehidupan Orang Melayu Negeri Sembilan termasuk penggunaan senjata tangan.

Tumbok Lada mempunyai bentuk bilah melengkung tetapi besi yang kuat untuk menikam. Ciri istimewa senjata ini adalah ukiran hulu (pemegang bilah) dan sampir (bahagian pangkal sarung) yang dihiasi ukiran tembus.

Kepelbagaian rekabentuk Tumbuk Lada

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: