Dinamik politik Malaysia kembali diuji

Anjakan politik Malaysia selepas PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lepas adalah sangat dinamik berbanding pada 8 Mac 2008.

Setelah 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan tumbang pada 26 Febuari 2020, tahun ‘wawasan’ yang menjadi garisan baru medan siasah negara. Pemikiran biasa dan tak memahami seni politik akan mentakrifkan situasi politik Malaysia sebagai kucar-kacir. Namun buat ‘penganut-penganut’ seni politik, ia adalah suatu keadaan dinamik yang menganjak bentuk politik negara dalam seni permainan lebih progresif dan pantas.

Secara kebetulan, bekas kepala-kepala Team Wawasan (Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid) masih terlibat dalam permainan politik dinamik ketika ini, yang jelas tercicir adalah Anwar, Najib dan Zahid. Mahathir pula seperti termakan umpan jerat sendiri. Manakala Muhyiddin bergerak ke depan dibantu oleh akal strategik Azmin Ali.

Mahathir secara jelas kekal dengan matlamat menghalang kemaraan Anwar. Orang tua ini melaksanakan permainan politik yang licik. Kadangkala sukar nak membaca niat politiknya.

Manakala Anwar, hakikatnya sudah tewas kepada Pak Lah, Najib, Muhyiddin dan paling pedih tewas kepada Azmin. Kelebihan politik Anwar memang tidak boleh dinafikan melalui kejayaan membina politik pelbagai kaum melalui PKR tetapi beliau sendiri gagal memimpin setelah menjadi presiden. Perpecahan nyata melanda PKR ketika parti itu menjadi parti terbesar selepas PRU-14, kedudukan yang berjaya mengatasi Barisan Nasional selepas 20 tahun berjuang. Anwar sebagaimana Mahathir, sekian lama menghalang langkah Azmin. Titik penting Anwar ditewaskan oleh Azmin bermula semasa krisis MB Selangor pada tahun 2014 akibat Langkah Kajang.

Anwar telah menjadikan Langkah Kajang sebagai ‘pelan politik agung’ untuk meletakkan diri beliau sebagai MB Selangor. Situasi politik ketika itu antara bibit-bibit awal Azmin menunjukkan dinamik langkah politik beliau. Akibat yang harus ditanggung oleh Azmin adalah berhadapan dengan ‘gerakan balas dendam’ Anwar dan kroni sepanjang tahun 2015-2018.

Tempoh singkat antara 2018-2020 ini, menjadikan suasana politik Malaysia seperti politik era empayar di Timur Tengah dari zaman Byzantine, Parsi, Khulafa Ar-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyah, Mamluk, Othmaniah, Austro-Hungary dan seterusnya. Cuma ia berlangsung pantas di sini.

Sidang parlimen kali ini (November-Disember) kembali menjadi ujian getir tetapi menarik buat politik negara. Adakah Belanjawan 2021 berjaya mendapat sokongan majoriti diluluskan atau ditolak?

Dua kematian ahli parlimen berlaku pada hujung tahun ini iaitu selepas PRN Sabah, kematian MP Batu Sapi dan terkini kematian MP Gerik.

Perkembangan tersebut telah menjadikan kedudukan semasa Dewan Rakyat dengan blok kerajaan dipimpin oleh Perikatan Nasional serta sekutu mempunyai 112 MP manakala blok pembangkang yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Warisan, UPKO, Pejuang, Parti Sarawak Bersatu, Muda dengan bilangan 108 MP.

Seni permainan politik yang wajib difahami secara ilmiah, blok pembangkang tetap ada hasrat untuk mengatasi blok kerajaan kesan majoriti mudah yang dimiliki oleh parti pemerintah. Berbeza keadaan sebelum penggal ke-14, parti pemerintah agak sukar digugat kerana mempunyai bilangan majoriti signifikan walaupun tidak memenangi pilihan raya bilangan lebih dua pertiga. Melainkan permainan ini berubah sekiranya pendekatan patriotik dan kemanusiaan dicapai oleh kedua-dua pihak.

Pemain-pemain politik utama seperti Muhyiddin, Azmin, Anwar, Najib, Zahid, Hadi Awang akan tertonjol menyerlah ketika ini. Perlawanan seni politik waktu ini bakal memperlihatkan keupayaan kepimpinan, strategi dan kebijaksanaan tiap pemain utama ini.

Sidang parlimen kali ini juga umpama perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia. Siapakah yang bakal memenanginya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: