Penggerak Pensiangan wujud Tabung Bantuan Kemanusiaan Covid-19
Penularan wabak Covid-19 dengan jumlah kes yang disahkan terus meningkat, memberi kesan kebanyakan keluarga di Parlimen P182 Pensiangan yang mengalami kekangan dana untuk membeli barangan keperluan asas.
Situasi tersebut telah memberi inspirasi kepada Penggerak Komuniti negara P182 Pensiangan, bersama sayap Pemuda Negara Pensiangan, Nation of Women Pensiangan dan Wanita Muda Negara Pensiangan bekerjasama untuk mewujudkan Tabung Bantuan Kemanusiaan.
Fasa pertama Penggerak Pensiangan telah menggerakkan program mendapatkan sumbangan makanan untuk bagi tiga kawasan di Dun Sook, Dun Tulid dan Dun Nabawan.
Pek bantuan makanan bernilai Rm30 disediakan yang mengandungi Susu Formula kanak-kanak dan pampers berusia 6 Bulan – 3 tahun dan warga tua, baju ppe, penutup pelindung muka, sarung tangan getah perubatan dan cecair sanitasi tangan.
Penggerak Pensiangan hanya menerima sumbangan berbentuk barangan dapur sahaja.

Orang ramai yang berbesar hati ingin menyumbangkan bantuan boleh menghubungi nombor yang terteraļ¼
1).Ajau bin Lukap (017 8614605)
2).Elysia bte Rauni (019 8533752) 3).Jickry bin Jules (013 2812986)