Teori Kamal Hatta: selain Zuraida Kamaruddin, siapa pengganti layak untuk Ampang?

Rajin, agresif dan terus bekerja. Itulah watak Zuraida Kamaruddin yang aku kenal. Sudah 12 tahun beliau menjadi MP Ampang. Terus terang cakaplah, dia memang pandai jaga akar umbi. Bukan setakat di Ampang tapi satu Malaysia bai!

PKR pecat dan buang Zuraida, dia tetap boleh membina kekuatan akar umbi sampai Anwar Ibrahim dan macai-macai DAP fitnah tuduh Zuraida guna peruntukan kerajaan untuk salur dana NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN). Anwar hakikatnya takut dengan keupayaan Zuraida mengumpulkan sokongan dan kekuatan. Benda ini yang Anwar dah tak boleh buat.

Kelompok yang bintat dengan Zuraida di Ampang adalah kumpulan politik pro-Anwar, kelompok tegar karat PKR dan macai-macai PH. Kalau kau orang tengok di kalangan rakyat biasa, mereka ambik peduli dengan program kemasyarakatan Zuraida yang digerakkan oleh Pejabat Parlimen Ampang.

Zuraida jugak antara pemimpin G-10 (blok MP Azmin Ali) yang awal menjalinkan hubungan dan gerakan strategik dengan komponen Perikatan Nasional di Ampang. Malah team kemasyarakatan Perikatan Nasional Ampang telah lama bergerak aktif selepas PRN Sabah.

Aku tau PKR nak projekkan Hans Isaac sebagai calon PKR untuk PRU-15 melawan Zuraida. Mamat ni belum masuk tempoh kempen PRU dah keluar kenyataan sinis memburukkan wakil rakyat. Zuraida sikit pun tak usik dan mencaci mamat ni. Itu contoh kesopanan sikap Zuraida. Dia kekal fokus bekerja. Rakyat awam di Ampang tau kerajinan Zuraida.

Nak kata Zuraida tak turun kawasan, aku tengok sejak habis kempen dan PRN Sabah, dia hampir tiap minggu turun kawasan atau mengadakan sesi diskusi bertemu wakil-wakil komuniti membincangkan pelbagai isu tempatan daripada masalah bekalan air, banjir kilat, tanah runtuh, kerosakan jalan akibat projek naik taraf lebuhraya, isu sampah tak diurus sampailah isu pentadbiran dengan PBT. Ini merangkumi hal-hal utama yang tak mungkin mampu diselesaikan oleh Hans Isaac.

Puak PH angkuh dan gebang besar yang mereka yakin mampu tewas serta tawan kembali Ampang daripada Zuraida. It’s ok. Benda macam ni pemangkin semangat supaya sentiasa bersedia.

Kenapa PKR tak mau letak orang-orang lama PKR di Ampang untuk lawan Zuraida? Bukan tak ada langsung, cuma Anwar tak percaya dengan orang PKR Ampang. Dia sanggup tarik orang bukan politikus macam Hans yang boleh tarik sokongan sebab ‘populariti pelakon’. Come on lah, beri maruahlah kepada pimpinan PKR Ampang yang masih setia dengan parti. Jangan buat orang PKR lama situ takde telo!

Jangan kau orang lupa, Zuraida jugak yang menggerakkan Pejabat Parlimen Ampang menjalankan jualan barangan keperluan asas sejak awal PKP berlangsung. Bukan sebulan sekali tetapi setiap minggu. Jualan barangan keperluan dapur ni adalah bahan mentah segar dengan harga berpatutan.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: