Teori Kamal Hatta: ‘Denial Syndrome’ PH makin parah!

Masuk sembilan bulan Perikatan Nasional berkuasa sejak 26 Febuari tahun ini, penyakit ‘denial syndrome’ baik kepala politikus dan penyokong totok PH makin parah.

PH ni masih bermimpi yang Putrajaya boleh diambil alih dalam masa terdekat. Itu sebablah Anwar gila-gila nak tumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin melalui gerakan gagalkan Belanjawan 2021.

Malaysia Now telah kasik bocor cerita ada politikus sebelah PH menjadi moderator untuk menarik sokongan MP-MP blok kerajaan melaksanakan gerakan menggagalkan Belanjawan 2021,yang secara langsung akan menjadi ‘isyarat politik’ bahawa kepimpinan Muhyiddin ditolak.

Kau orang fikir Muhyiddin dan Perikatan Nasional akan membiarkan kuasa mereka digugat sebagaimana kegagalan PH mentadbir yang menumbangkan mereka awal tahun ini. Muhyiddin dan Perikatan Nasional termasuk sekutu politik dari Barisan Nasional dan GPS sudah ada kata sepakat untuk mempertahankan kelangsungan politik pemerintah.

Muhyiddin dan Perikatan Nasional bukan tolol seperti andaian sebahagian besar penyokong PKR dan PH. Mereka masih bebal kerana mengandaikan Muhyiddin lemah.

Tapi kau orang sedar atau perasan, ada penyokong termasuk segelintir politikus PKR ‘back up’ Najib dan Zahid. Nampak PH sudah lebih parah kerana ‘kesediaan kerjasama’ dengan Najib dan kumpulannya untuk merencana gerakan gagalkan Belanjawan 2021. Itu pun PH tak cukup angka. PH ada 91 MP, kononnya tujuh MP Umno blok Najib akan bersama untuk menyokong agar Belanjawan ditolak tetap masih tak cukup untuk mencapai suara majoriti.

Kenapa aku kata tak cukup? Kau orang ingat Shafie Afdal dan Warisan akan tunduk kepada Anwar? Shafie bukan ikut Anwar, dia ikut Mahathir sebelum PRU-14 dulu. Kalau bukan Mahathir, PH mungkin tak cukup angka untuk tubuh kerajaan.

PH sendiri sudah hilang nakhoda kapal. Entah siapa mereka nak ikut, kejap Anwar tapi dia ni suka buat move sendiri. Nak kata ikut Guan Eng, dah tentu DAP takkan dapat sokongan Melayu. Mereka ni masih mimpi boleh dapat sokongan undi Melayu 35 peratus macam PRU-14. Siapa MP Melayu yang kaliber untuk pimpin PH?

PH sangat suka jual janji-janji idealistik tetapi jadi sarkatik akibat gagal tunaikan. Itu yang terjadi pada janji nak hapuskan PTPTN dan tol lebuhraya. Rupanya mereka tak mampu tunai sebab baru sedar janji-janji idealistik mereka itu akan menjahanamkan ekonomi negara. Rakyat jugak yang kena kencing.

PH sampai hari ini masih celaru dalam halatuju politik, nak teruskan kempen jatuhkan imej Perikatan Nasional sebagai ‘kerajaan tebuk atap’ atau bawa naratif ‘Anwar PM9’. DAP sendiri pun dah macam meluat dengan Anwar yang gagal hampir tiap move.

Perikatan Nasional sebenarnya makin bergerak kedepan. Kau orang boleh baca dan teliti naratif kepala-kepala politikus Pas, BN, PBS dan GPS yang seiring menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional dan Muhyiddin.

Yang ketara kontra adalah Najib, Zahid, Kuli. Mereka bertiga ni ‘trojan horse’ untuk Anwar-PH ke? Kuli boleh lupakan nak rebut jawatan PM, dah tak relevan. Tolong sedar diri, Malaysia perlukan kepimpinan bertenaga dan muda. Kuli dan Anwar boleh bersara.

Survey demi survey dah bentang kepada rakyat bahawa sokongan kepada Muhyiddin dan Perikatan Nasional makin meningkat, serta munasabah. Anwar dan PKR tak payahlah wujudkan ‘agensi-agensi jadian’ konon buat survey yang Anwar masih relevan. Ini semua sama macam retorik Anwar, kencing rakyat. Merdeka Center sendiri yang kita semua tau dulu pro-PH pun buat survey tunjukkan Muhyiddin Yassin ada sokongan signifikan.

PH akan hilang hala tuju politik, kau orang patut buang Anwar Ibrahim tu daripada PH baru boleh kuat balik. DAP akan kekal menjadi parti pembangkang, PKR akan hilang banyak kerusi dan akan jadi parti kelas ketiga. PAN pulak akan pupus, ni pun sama jugak lagi teruk entah apa punya pendirian politik.

Yaakub Safari kata dia akan lawan Azmin Ali di Gombak untuk PRU15 nanti dan mintak Azmin jangan lari. Bro Yaakub, Azmin tak pernah lari dari Gombak bai. Kau je yang pernah lari dari Serdang cari tempat selamat di Shah Alam. Jangan lupa Anwar pun lari dari Permatang Pauh bertanding di Port Dickson. Malulah cakap begitu Bro Yaakub, boss sendiri pun lari-lari kawasan. Anak beranak Anwar semua lari daripada kawasan. Ini pun contoh ketidaktentuan dalam PH.

Retorik Anwar Ibrahim

PRN Sabah 26 September lepas antara bukti politik kejayaan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional dan PBS memenangi pilihan raya umum negeri Sabah. Awal-awal lagi kesepakatan PH dan Warisan tidak seiring. PKR yang paling gagal untuk merundingkan jumlah kerusi bertanding. Warisan berjaya mengurangkan ‘kemaraan retorik’ PKR Sabah. Shafie Afdal tak anggap PKR parti yang kuat di Sabah dan selayaknya bertanding tujuh-lapan kerusi sahaja. Ketidaksepakatan PH-WARISAN menyebabkan diwujudkan Warisan Plus.

PH jugak hilang arah selepas PRN Sabah, paling kuat asyik main isu wabak Covid-19 peningkatan mendadak kes di Sabah. Perikatan Nasional masih berjaya kawal situasi dan hampir sebahagian besar kekuatan perubatan di Semenanjung dihantar ke Sabah untuk tanggani secara serius. Kita respect KKM dan frontliner. Itu pun PH main politik gampang untuk tekan Muhyiddin supaya letak jawatan. Ini semua game jahat ketika wabak berlaku.

Aku jangka PH setakat menang 20 seat parlimen pada PRU15 nanti.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: