Teknologi canggih tapi air kerap terganggu

Apakah petanda malang yang bakal melanda MB Selangor Amirudin Shari sejak tiga empat bulan ini?

Masalah gangguan bekalan air yang konsisten berlaku sejak Ogos hingga November menjadi persoalan pelik di kalangan masyarakat Selangor, negeri yang berstatus negeri termaju di Malaysia. Tahun ini sahaja 18 kali bekalan air terganggu direkodkan!

Masyarakat umum berfikiran mudah, akan menganggap sebagai negeri termaju di Malaysia sepatutnya masalah gangguan bekalan air mampu diatasi, nak pula Amirudin pernah mengumumkan Selangor memiliki kemudahan Loji Rawatan Air (LRA) yang paling canggih di negara ini. LRA di Selangor berkeupayaan membersih, menapis dan mencuci bekalan air sungai menjadi air bersih daripada bahan tercemar.

Tetapi kewujudan LRA ini gagal mengatasi isu pencemaran bekalan air akibat kegagalan kerajaan negeri Selangor melaksanakan ketegasan ke atas pemilik-pemilik kilang dari kawasan perindustrian membuang bahan cemar ke dalam saliran yang terus bersambung dengan sungai-sungai. Kenapa ini yang kerap berlaku?

Masyarakat umum nampak Amirudin gagal. Jauh beza daripada Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Dua MB Selangor sebelum Amirudin lebih berjaya menawan hati rakyat dengan isu air iaitu air percuma dan jarang-jarang berlaku ganggu bekalan air yang ketara.

Era Amirudin sudah berbeza, mekanisme pemberian air percuma sudah bersasar bukan lagi kepada semua golongan masyarakat, logik yang baik kalau orang kaya T20 itu munasabah. Kepada rakyat golongan M40 ke bawah, ini akan memberi pelbagai kesan. Sebab utama rakyat Selangor angkat PH memerintah kerana kejayaan inisiatif air percuma.

Sesetengah pihak sinis menyebut Amirudin anak didik Azmin tetapi tak nampak pun karisma politik yang mampu ditonjolkan oleh Amirudin, jauh berbeza dengan Azmin. Dia sendiri mahu ‘dibunuh’ oleh proksi Anwar dalam PKR. Isu air ini menjadi peluang proksi Anwar menghambat Amirudin Shari. Sudah ada khabar angin belia bakal digantikan. Episod baru bakal berlaku lagi di Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: