JENDELA: Tingkatkan Komunikasi Sosial & Pemulihan Ekonomi

Kesan paling kritikal wabak COVID-19 terhadap sosial-ekonomi ialah memutus atau mengekang tahap komunikasi masyarakat global. Memetik kata-kata pakar ekonomi, Antonio Negri – tanpa perhubungan, tidak ada gerakan, bila tiada gerakan, maka tidak ada ekonomi.

Wabak ini terus memutuskan perhubungan manusia. Ia telah menjejaskan proses pembelajaran di sekolah dan IPT serta mengubah senario sektor pekerjaan hingga memberi kesan besar terhadap kehidupan seharian masyarakat.

Satu-satunya jalan untuk masyarakat pandemik ini meneruskan hariannya dengan memanfaatkan teknologi digital dalam kehidupan harian – belajar atas talian, kerja dari rumah/ atas talian, berbelanja dan membeli makanan atas talian. Hakikatnya, di musim wabak ini, kebergantungan masyarakat dengan teknologi komunikasi semakin tinggi.

Kesan daripada norma baru ini, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan agensi agensi berkaitan telah bekerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan komunikasi utama untuk membangunkan sebuah pelan infrastruktur digital yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan baharu Rakyat.

Pelan tindakan ini yang dirangka melalui satu sesi Makmal akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar secara menyeluruh dan berkualiti tinggi, serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada teknologi 5G yang cekap.

Pelan tindakan yang dinamai sebagai Jalinan Digital Negara (JENDELA), akan menjadi platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025). JENDELA akan dilaksanakan secara berfasa.

Fasa 1 yang sedang dilaksanakan bertujuan memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan berpenduduk; mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps; serta membolehkan sebanyak 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit.

Fasa ini melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir 2021 untuk pemantapan rangkaian 4G serta memperkukuhkan asas bagi rangkaian 5G.

Fasa 2, iaitu peralihan kepada 5G akan disusuli selepas platform yang kukuh di dalam Fasa 1 ini dapat dicapai, selaras dengan perancangan Rancangan Malaysia ke-12.

Melalui inisiatif ini, di Sabah sahaja penambahan sebanyak 382 menara komunikasi baharu sedang dirancang dan 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS), sementara 35 menara baharu dan 1,048 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial oleh pemberi perkhidmatan bagi meningkatkan liputan 4G. Sebanyak 251,166 premis juga akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik.

Manakala di Sarawak, 636 menara komunikasi baharu juga sedang dirancang dan 977 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf di bawah program PPS. Sebanyak 49 menara baharu dan 825 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada akan dinaik taraf secara komersial. Sejumlah 43,013 premis akan disediakan dengan capaian kepada gentian optik.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin, JENDELA akan dipantau dengan rapi bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan berkesan di seluruh negara. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memastikan pembekal perkhidmatan melaksanakan JENDELA seperti yang dirancang, dengan sokongan padu dan kerjasama Kerajaan Negeri, Kementerian dan agensi yang berkaitan agar rakyat dapat menikmati manfaatnya.

Sumber: PenggerakDaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: