PeKT Rembau bantu PBT urusan selenggara kawasan

23 November, PEDAS: Susulan aduan penduduk Taman Ixora Kundur, Pedas di Rembau, Pengerusi Komuniti Tempatan (PeKT) Majlis Daerah Rembau (MDR), Tuan Haji Abdul Aziz Jamaludin telah memanjangkan tindakan kepada pihak MDR.

Menurut Penyelaras Kepada Menteri KPKT, Rosman Jonet, penduduk perumahan tersebut telah membuat aduan kepada pihak PeKT terdapat halangan ranting dan tumbuhan pokok liar di cerun serta laluan Jalan Ixora 3, Taman Ixora Kundur.

Beliau telah menghubungi YDP MDR, Tuan Mohamad Najib Mustafa bagi tindakan segera MDR.

Tuan Mohamad Najib Mustafa, YDP Majlis Daerah Rembau

MDR bertindak menyelenggara dengan mencantas ranting dan menebang pokok liar di cerun yang menghalang jalan bagi memastikan keselamatan penduduk-penduduk perumahan.

Sebelum pembersihan
Selepas pembersihan

Ketika segelintir pihak politik mempertikaikan peranan PeKT yang dituduh sebagai ‘alat politik individu’, PeKT Rembau terus menjalankan khidmat masyarakat setempat dan menjalinkan kerjasama dengan Majlis Daerah Rembau yang memastikan kesejahteraan buat komuniti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: