Sampah pun boleh jadi duit!

Selain daripada air dan udara, benda yang akan sentiasa ada dan akan terus bertambah adalah sisa buangan pepejal yang dihasilkan oleh manusia.

Masyarakat akan sinonim memanggilnya sebagai sampah sarap, barang lusuh atau barangan pakai-buang. Semakin bertambah jumlah manusia dan berkembang petempatan, maka sisa buangan pepejal juga turut seiring meningkat.

Memang akan pihak yang diberi tanggungjawab dan tugas khusus untuk mengurus selia sisa buangan pepejal ini. Kalau di negara ini, ada dua agensi di bawah KPKT yang terbabit iaitu Southern Waste Corporation (SWCorp) dan Alam Flora. Ada juga agensi lain seperti KDEB di Selangor yang mengurus selia bahan buangan pepejal ini.

SWCorp telah mengambil inisiatif strategik dengan penglibatan masyarakat awam dalam menguruskan sisa-sisa buangan pepejal melalui program ‘Trash to Cash’.

Ketika negara dilanda wabak Covid-19, ada sebahagian masyarakat yang terjejas dek kesan ekonomi dunia merundum termasuk hilang pekerjaan. Inisiatif yang digerakkan oleh SWCorp ini mampu menjadi alternatif buat masyarakat untuk menjana pendapatan.

Memang benar ada segelintir tak sanggup melakukan kerja-kerja mengutip, mengumpul dan menguruskan sisa-sisa buangan pepejal seperti kertas, tin, aluminium, tembaga, botol plastik dan sebagainya kerana ia kerja yang remeh. Namun usaha ini memberi peluang untuk masyarakat mendapat pendapatan tambahan.

Kesungguhan semangat dan ikhtiar yang bakal menjayakan tiap usaha, tak kira jenis rezeki yang dicari atau diusahakan termasuklah pengurusan sisa-sisa buangan pepejal.

Dasar Komuniti Negara yang diketengahkan oleh KPKT adalah memperkasakan komuniti. Aspek pengurusan sisa-sisa buangan pepejal melalui kempen ‘Trash to Cash’ ini adalah antara lima program utama pemerkasaan komuniti selain program Kebun Komuniti dan Hub Komuniti.

Samada dilakukan secara individu atau berkumpulan, secara langsung program ‘Trash to Cash’ telah mencetuskan ilham alternatif buat masyarakat menjana ekonomi. Sampah pun boleh dijadikan sumber kewangan.

Anda boleh bayangkan sendiri, dengan jumlah sisa buangan pepejal yang menjangkau angka berjuta tan sehari, sebahagiannya berupaya dikitar semula menjadi bahan baru khususnya kertas, plastik dan aluminum. Itu belum lagi bahan buangan jenis fabrik seperti pakaian lama, atau kayu-kayuan seperti perabot lama, kayu palet yang berupaya dikitar semula atau dijadikan bahan lain.

Terpulang atas anda untuk memulakannya. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: