BAGAIMANA PUSAT INTERNET KOMUNITI LAHIRKAN USAHAWAN

Ketika ramai intelektual menanggapi kesan media sosial yang cenderung negatif dalam kalangan masyarakat, ada satu fenomena positif yang perlu kita lihat.

Jika kita perhatikan secara rambang, pada tahun 2020 ini, hampir dari kita mempunyai kawan yang menjalankan perniagaan, walaupun hanya menjual ‘cookies’ di atas talian.

Antara faktor utama fenomena ini berlaku apabila terjadinya revolusi media – daripada media konvensional seperti televisyen dan radio kepada media digital seperti laptop dan telefon pintar. Peluang meneroka bidang perniagaan semakin banyak kerana perkembangan penggunaan Internet secara global, termasuk Malaysia.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), statistik pengguna Internet pada 2011 menunjukkan terdapat hampir 17 juta pengguna di negara ini. Laman sembang sosial seperti Facebook pula mencapai lebih 13 juta pengguna dengan purata individu menghabiskan masa melayari Facebook 22.3 jam seminggu.

Facebook merupakan platform berkesan dalam menyampaikan maklumat seperti produk terkini yang disampaikan melalui rakan sama minat yang menjadikan penyampaian maklumat itu dapat dilakukan dengan lebih cepat dan tepat dengan sasaran.

Ia juga menunjukkan aktiviti penjualan dan pembelian melalui Internet turut meningkat secara mendadak dengan sektor Internet pada 2010 menyumbang 4.1 peratus berbanding negara maju lain dengan kadar purata 3.4 peratus.

Antara faktor yang menjadikan sektor ini mudah dimulakan antaranya kerana kos permulaan perniagaan lebih rendah, pemasaran lebih meluas dengan sasaran pengguna lebih spesifik, pengurusan perniagaan automatik dalam hubungan pelanggan dan kos pemasaran jauh lebih murah berbanding pemasaran konvensional.

Penyesuaian media sosial ini menjadikan pengurusan kandungan biasanya lebih fleksibel. Maklumat boleh dikemaskini, diubah, ditambah dan dibincangkan secara terus. Ini tidak sama sekali dapat dilakukan oleh iklan bercetak, artikel akhbar atau ciri majalah.

Apa yang lebih penting, maklumat boleh diterbitkan dalam beberapa saat dan ini dapat memastikan kandungan mereka sentiasa dikemaskini. Dengan penggunaan media sosial di internet, segala maklumat dan data dapat disimpan.

Menyedari peranan yang boleh dimainkan media sosial, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memantapkan fungsi Pusat Internet Komuniti (PIK) agar rakyat bukan sahaja berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti bahkan juga memperbaiki taraf sosioekonomi mereka.

Pelbagai inisiatif giat digerakkan ke arah mencapai objektif-objektif tersebut. Antaranya, pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA yang memberi keutamaan kepada projek membangunkan infrastruktur komunikasi di negeri Sabah dari 2020 sehingga 2022.

Selain itu, inisiatif-inisiatif lain terutamanya untuk PIK seperti proses transformasinya, penambahbaikan perkhidmatan dan pertambahan kandungan atau kursus, pengoptimuman penggunaan PIK serta bantuan dalam aspek pembungkusan dan pemasaran produk kepada golongan usahawan, turut dilaksanakan.

Oleh kerana tahap literasi IT di kawasan luar bandar lebih rendah, MCMC telah menyediakan 133 PIK untuk memberi bimbingan digital kepada rakyat di negeri Sabah. Di bawah JENDELA, Sabah adalah penerima terbesar peruntukan iaitu sebanyak RM2.45 bilion.

Kewujudan PIK akan menjadi platform penting kepada mereka untuk memperkasakan aktiviti ekonomi mereka selain menambah sumber pendapatan selain memperluas jaringan produk mereka ke seluruh dunia.

Sumber : PenggerakDaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: