FINAS terus bantu penggiat seni tempatan, salur RM13.9 juta Dana Kandungan Digital
24 November, Hulu Kelang: FINAS terus membantu para penggiat seni tempatan melalui Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dimulakan sejak beberapa bulan lepas.
40 syarikat produksi telah menerima surat tawaran PELAKSANA Dana Kandungan Digital yang melibatkan jumlah RM13.9 juta.

Surat tawaran tersebut telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah secara maya (online). Turut serta dalam majlis adalah Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid dan CEO Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.


FINAS turut memaklumkan senarai 40 syarikat produksi yang telah menerima surat tawaran geran Dana Kandungan Digital tersebut.
Ini adalah langkah strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui FINAS membantu dan memperkasa penggiat-penggiat seni tanahair disamping menjana semula ekonomi industri seni kreatif tempatan.
_PPI