MDEC, Perisai PKS Ketika Diserang Wabak Covid-19

Tahun 2020, prospek ekonomi Malaysia suram dengan 93 peratus syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka berdepan perniagaan tidak stabil akibat Wabak COVID-19.

Perkara tersebut turut disandarkan oleh kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mana, kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan selepas krisis tersebut dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Noor Azmi Mat Said berkata, krisis COVID-19 itu merupakan sesuatu yang tidak dijangka dan rata-rata PKS tidak bersedia menghadapi situasi seperti ini.

Ketika ini, negara mempunyai sebanyak 907,000 PKS dan usahawan tempatan. Kerajaan sebelum ini turut menyasarkan sumbangan PKS terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 50 peratus menjelang 2030.

Menurut Noor Azmi, krisis COVID-19 ini sekali gus memberi impak langsung kepada PKS khususnya dalam aspek aliran tunai, malah kajian awal turut menunjukkan syarikat-syarikat kategori ini bertahan kurang daripada tempoh tiga bulan untuk membantu mereka terus berdaya saing.

Dalam kemelut ekonomi ini, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid memberi satu saranan menarik, juga penting. Beliau menyarankan dalam meningkatkan daya saing PKS, perlu pengaplikasikan ekonomi digital daripada pelbagai aspek seperti pengiklanan, pengisian pesanan, komunikasi antara pekerja dan kajian pasaran.

Justeru, tidak hairan dalam Belanjawan 2021 yang telah diumumkan, kerajaan telah memberi tumpuan kepada sektor multimedia dan telekomunikasi serta aktiviti ekonomi digital apabila pakej khas internet percuma bernilai RM600 juta dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi akan disalurkan kepada rakyat.

Pakej berkenaan selaras dengan seruan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebelum ini supaya perusahaan mikro dan syarikat PKS beralih kepada kaedah digital bagi memastikan kelangsungan perniagaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal ini demikian adalah berdasarkan jangkaan bahawa ekonomi digital akan terus menjadi antara penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sehubungan itu, KKMM bersama MDEC dapat terus meningkatkan usaha supaya komuniti perniagaan di Malaysia dapat meneroka teknologi digital untuk mencari pasaran baharu, transaksi tanpa tunai serta pemasaran maya.

Bantuan untuk PKS termasuk usahawan mikro dengan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion dengan kerjasama Bank Negara Malaysia yang merangkumi lima inisiatif utama akan turut memberi manfaat besar kerana ketika ini terdapat lebih 86 peratus daripada 907,065 PKS menggunakan kaedah perkomputeran dan digital dalam operasi perniagaan.

Manakala teras ketiga yang menyediakan bantuan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro untuk membantu usahawan mikro termasuk industri kreatif dan peniaga dalam talian akan merancakkan lagi perkembangan dalam kedua-dua sektor yang menjadi antara fokus utama MDEC.

Langkah ini selaras dengan Gerakan #DigitalvsCovid yang dilancarkan MDEC untuk terus membantu pemain ekonomi digital tempatan menerusi pelbagai inisiatif yang diyakini mampu mengurangkan kesan akibat penularan COVID-19.

Sumber: PenggerakDaily

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: