Blok Pembangkang Gagal Sepakat, Belanjawan 2021 Diluluskan Dewan Rakyat

Menjelang hari penggulungan dan pengundian Rang Undang-undang (RRU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021, beberapa pemuka blok pembangkang begitu gigih dan keras membayangkan untuk menggagalkan Belanjawan 2021.

Malah telah dipropaganda begitu kencang bahawa kerajaan ‘minoriti’ Perikatan Nasional bakal ditumbangkan melalui ‘suara tidak menyokong’ Belanjawan 2021. Namun cerita itu sekadar menjadi ‘cerita ilusi media sosial’ apabila blok pembangkang sendiri gagal sepakat.

Naratif RM10 ribu KWSP akaun satu menjadi senjata ‘ampuh’ macai-macai cyber PH menekan kepimpinan kerajaan pemerintah, hari ini telah direalisasikan melalui pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz yang memberi beberapa kelonggaran kepada ahli-ahli pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu.

Ketika Speaker Dewan Rakyat membuat sesi pengundian bagi meluluskan Belanjawan 2021, telah bangkit MP Pokok Sena agar penggundian dibuat secara belah bahagi. Syarat untuk cadangan diterima oleh Speaker memerlukan sokongan minima 15 MP.

Malangnya hanya 13 MP yang berdiri untuk menyokong di sebelah blok pembangkang. Secara moral politik, antara blok pembangkang wujud ketidaksepakatan untuk melawan RRU Perbekalan 2021 diluluskan.

Rata-rata 13 MP tersebut adalah dari PAN, tiga MP Pejuang, masing-masing seorang dari PKR dan PSB.

Ini kejayaan politik kedua Perikatan Nasional selepas PRN Sabah pada 26 September lalu, ia membuktikan bahawa gabungan blok kerajaan sudah diikat persefahaman dan kesepakatan politik.

Sebelum sesi penggulungan hari ini, pelbagai gambaran negatif dilontarkan oleh pembangkang bahawa Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin wajar ditolak dengan naratif ‘pengkhianat mandat rakyat’ dimainkan.

Perikatan Nasional (yang dianggotai oleh Bersatu, Pas, Star & SAPP), Barisan Nasional (dianggotai oleh Umno, MCA, MIC & PBRS), Gabungan Parti Sarawak (PBB, SUPP, PRS, PDP) dan PBS membuktikan kepada rakyat bahawa ini adalah gabungan politik yang stabil dan sepakat.

Kejayaan hari ini juga dilihat akan memacu gerakan politik Perikatan Nasional ke depan untuk terus memulihkan ekonomi negara disamping menjaga kesejahteraan rakyat dan menanggani wabak Covid-19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: