‘Food Bank’ Dun Bukit Melawati salur sumbangan
Masih wujud kekeliruan yang sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang peranan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT), yang dituduh sebagai ‘instrumen politik’ individu.
PeKT Kuala Selangor terus menerus menjalankan program-program khidmat komuniti di kawasan setempat.
Baru-baru ini, ahli PeKT Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Shoba Selvarajoo bersama pasukan Pejabat PeKT Kuala Selangor telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan barangan dapur dan keperluan asas kepada beberapa warga emas di Bukit Melawati.



Bantuan melalui ‘Food Bank’ Dun Bukit Melawati yang diwujudkan ini adalah langkah positif menggerakkan matlamat utama Dasar Komuniti Negara memperkasakan komuniti iaitu melahirkan komuniti yang berdaya saing.
_PPI