Teori Kamal Hatta: Pembangkang bertempur sesama sendiri!

Gebang macai-macai PH minggu lepas macam nak runtuh langit over confident yang Anwar Ibrahim bakal naik ganti Muhyiddin Yassin melalui gerakan gagalkan Belanjawan 2021.

Gigih kau orang hentak hal RM10K KWSP, sekarang kerajaan buat pembaikan proses. Meloponglah macai-macai PH nak cari naratif lain balun Perikatan Nasional. Rakyat akan tolak kau orang.

Lawak politik muncul semula. Ada pentaksub Anwar kata sebab-sebab Anwar beri isyarat saat akhir supaya jangan berlaku undian belah bahagi semalam. Konon itu ‘kebijaksanaan’ Anwar supaya dia tak dilihat bersama Mahathir. Retorik politik sial muncul lagi. Berapa kali kau orang nak kena kencing dengan Anwar ni?

Anwar memang tak ada angka. Mutlak dia gagal. Kalau berlaku pun undian belah bahagi, blok pembangkang takkan cukup angka untuk menafikan RRU Perbekalan semalam.

Kau orang melantun-lantun bantai Muhyiddin dan Perikatan Nasional dengan bersungguh-sungguh membayangkan kerajaan sedia ada akan tumbang.

Semalam kau orang tengok sendiri live satu Malaysia bai. 13 orang MP je yang berani bangun berdiri untuk sokong cadangan Mahfuz Omar minta undian belah bahagi.

Dah tersebar cerita ada arahan supaya MP-MP blok pembangkang untuk tidak minta undian belah bahagi.

Aku salute jugak pada keberanian Mahathir & geng termasuk sebahagian besar MP Amanah. Mat Sabu pun kecut nak berdiri. Entahlah nak kata apa, Amanah macam kena kencinglah dengan Anwar dan DAP. Itu pun terselit jugak seorang MP PKR, Pasir Gudang yang kuat dengan prinsip sosialis marheanism.

Mahathir dah balun kecam blok PH yang disebut ‘akur’ kepada kleptokrasi dan perasuah. Kau orang boleh baca dalam blog Mahathir chedet.cc

Aku yakin 100 peratus Anwar akan keluar macam-macam kenyataan untuk backup kejadian semalam. Kau orang kena kencing lagi.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: