Pakatan Harapan kian tumpul politik

oleh Teropong Undi

Buatlah pelbagai dalih dan jawapan untuk membenarkan tindakan tidak menyokong undian belah bahagi pada 26 November lalu, kebanyakan penyokong PH sudah mulai meragui prinsip politik gabungan ini.

Beberapa hari sebelum Penggulungan RRU Perbekalan 2021, sudah jelas bayangan bahawa gerakan menolak dan tidak menyokong Belanjawan 2021 oleh blok pembangkang khususnya PH dan Pejuang. Ini termasuk Najib Razak dan Zahid Hamidi yang semasa sesi perbahasan sebelum itu cukup lantang membidas kerajaan Perikatan Nasional.

PH sebenarnya telah berjaya mengoyangkan Perikatan Nasional melalui isu pengeluaran RM10 ribu KWSP akaun satu. Bala tentera cytroo PKR antara yang gigih menghangatkan isu ini dan hampir memerangkap penyokong-penyokong kerajaan dengan persoalan teknikal berkaitan akaun satu KWSP.

Namun, gerakan itu telah gagal kesan penambahbaikan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pada 26 November lalu. Situasi ini hampir menyerupai tindakan Najib Razak beberapa tahun lepas menjadikan tarikh 16 September sebagai hari cuti umum yang sebelum itu diperjuangkan oleh PKR.

Semasa sesi penggulungan, Tengku Zafrul telah mengumumkan beberapa langkah pembaikan bagi akaun satu yang menggembirakan rakyat. Jika anda ikuti siaran secara langsung melalui FB ketika sidang hari tersebut, awal siaran banyak ikon marah muncul. Seolah-olah majoriti rakyat marah dengan ‘kegagalan’ kerajaan memenuhi hasrat rakyat. Namun setelah satu persatu langkah pembaikan diumumkan, bertaburan ikon ‘like’.

Dr Mahathir Mohamad juga telah mengeluarkan pandangan bahawa blok pembangkang sudah tewas atas kejayaan Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar oleh Dewan Rakyat. Beliau turut menyatakan hanya 13 MP pembangkang yang bangun untuk cadangan undian belah bahagi itu sahaja yang benar-benar menentang Belanjawan 2021.

Pemuda DAP secara terang dan berani membidas Anwar Ibrahim, menggesa ketua pembangkang tersebut agar memohon maaf. Malah Pemuda DAP mengemukakan cadangan radikal agar DAP keluar meninggalkan PH. Kemudian Ketua AMK PKR Selangor membalas kenyataan membidas Pemuda DAP.

Ada penyokong PKR yang taksub masih menganggap tindakan yang berlaku di Dewan Rakyat itu adalah strategi politik. Mereka ini akan cuba dan sentiasa membenarkan Anwar Ibrahim sebagai ‘super dewa’ politik yang tidak ada kecacatan langsung. Anwar memang sudah terkenal pandai melontar retorik politik yang dipercayai bulat-bulat oleh penyokong taksub. PKR sudah ada karat sebagaimana mereka labelkan penyokong Umno sebagai karat biru tua. Mereka sehingga kini masih mempercayai bahawa Anwar akan mengambil alih kerajaan dan kedudukan Perdana Menteri dalam masa terdekat walaupun Anwar sudah banyak kali tertewas.

Parti Amanah Negara (PAN) akan terus dilabel sebagai ‘tunggangan DAP’. Tetapi enam daripada 13 MP yang berdiri menyokong cadangan undian belah bahagi adalah daripada PAN. Itu harus dihormati, mereka berani dan berprinsip berbanding Presiden dan Timbalan Presiden PAN yang mengikut arahan ketua pembangkang agar tidak bangun, yang dari sudut lain dilihat sebagai tunduk kepada Anwar. Sudah pasti sebahagian pimpinan dan penyokong PAN membidas serta mempertikai keengganan Mat Sabu dan Salahuddin menyokong cadangan Mahfuz Omar.

DAP sebagai parti terbesar dalam PH, sudah pasti melalui situasi yang sama seperti PAN. Berhadapan dengan bidasan dan kecaman penyokong sendiri sangat memedihkan walaupun ada beberapa pemuka DAP mengeluarkan kenyataan ‘coverline’.

Kegagalan PH bangkit untuk melawan Belanjawan itu memberi gambaran negatif kepada penyokong-penyokong mereka. Seminggu sebelum penggulungan, penyokong-penyokong mereka diberi gambaran bahawa kerajaan Perikatan Nasional bakal ditumbangkan melalui kegagalan Belanjawan 2021 diluluskan. Secara langsung ia menggambarkan moral politik bahawa Muhyiddin Yassin ‘wajib’ letak jawatan.

Namun itu tidak berlaku, semua ketua whip blok pembangkang kecuali Pejuang menikus tidak langsung menyokong cadangan Mahfuz Omar.

Ini akan memberi implikasi kepada populariti PH. Tambahan pula khabar angin bakal berlangsung PRU15 pada pertengahan tahun 2021 bakal menguji ketahanan politik PH bagi menghadapi kemaraan Perikatan Nasional yang kian memperkemaskan gerakan politik.

DAP dijangka mengekalkan kemenangan di kawasan bandar namun tak akan mencapai kemenangan bergaya sebagaimana PRU14 dulu. PKR pula akan melalui kemerosotan luarbiasa kerana faktor Anwar sendiri. Kegagalan memimpin PKR sebagai parti dinamik masa depan akibat pertelingkahan politik dalaman menghilangkan keyakinan rakyat keupayaan Anwar untuk memimpin negara. PAN lebih malang akan terus menjadi parti kerdil sekiranya masih kekal bersekutu dengan PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: