Jawatankuasa Kemajuan Perkampungan Jelebu Adakan Taklimat Urustadbir
KUALA KLAWANG: Mesyuarat taklimat pengurusan JPKKP Jelebu telah berlangsung pada 27 November lepas.
Ia telah dipengerusikan Pemangku Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) Jelebu merangkap PKP Tampin, Encik Bosco Pang.
Mesyuarat bertujuan untuk menyampaikan taklimat kepada Pengerusi-pengerusi JPKKP baru seluruh Daerah Jelebu mengenai tugasan dan gerak kerja di kampung masing-masing.

Mesyuarat taklimat pengurusan tersebut turut dihadiri oleh ahli Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Jelebu, Tang Jayson yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Bersatu Bahagian Jelebu, Kuala Klawang.