PH gagal lagi, dua belanjawan peringkat jawatankuasa diluluskan

Angka 13 terus menerus menjadi nombor puaka kepada blok pembangkang khususnya PH.

Khamis lepas sesudah tamat sesi penggulungan RRU Perbekalan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, undian belah bahagi telah diminta oleh Mahfuz Omar (Pokok Sena-PH). Namun cadangan itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat kerana tidak cukup syarat minima sokongan 15 MP.

Hanya 13 MP iaitu enam daripada Amanah, Pejuang (4), PKR (1), PSB (1) dan DAP (1). Mereka ini cukup berprinsip berbanding Anwar, Mat Sabu dan Guan Eng. Jelas sekali kenyataan rasmi Anwar yang menyatakan beliau sendiri meminta ketua-ketua whip parti pembangkang agar tidak bangun menyokong undian belah bahagi. Secara moral politik, PH sudah kalah dan Perikatan Nasional tersenyum apabila Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2021 di peringkat dasar.

Pertempuran hari ini (Isnin-30 November 2020) sangat menarik, apabila PH dilihat mengumpulkan sokongan untuk menebus kembali kesilapan strategi Khamis lepas. Namun PH jelas tidak cukup angka untuk melawan angka blok kerajaan.

Dua kali proses pengundian belah bahagi dijalankan bagi meluluskan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa iaitu Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dan Belanjawan Kementerian Kewangan.

Pusingan pertama undian belah bahagi bagi meluluskan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri, jumlah bersetuju adalah 105 (Perikatan Nasional) manakala tidak bersetuju (blok pembangkang) hanya dengan 95 undi. Perikatan Nasional menang 1-0, tewas PH.

Kemudian sesi pengundian kedua iaitu meluluskan Belanjawan Kementerian Kewangan, angka bersetuju sebanyak 107 dan tak bersetuju 95. Sekali lagi Perikatan Nasional menang 2-0, meninggalkan PH.

Apa yang sebenarnya telah berlaku dalam blok pembangkang?

Perpecahan ketara berlaku, hubungan antara PH dan blok pembangkang yang lain tidak sepakat. Menurut maklumat, 13 MP tidak hadir terdiri daripada 8 MP Warisan dan 4 MP Pejuang serta seorang MP yang tidak diketahui status. Ini gambaran negatif buat PH dan para penyokongnya. Benarlah PH ini sudah tidak boleh diharap membawa aspirasi rakyat.

Ada MP PH yang berteriak kemenangan blok kerajaan dengan jumlah tak cukup 112 dianggap ‘not legitimate’ tetapi jumlah semasa di dalam dewan ketika penggundian membuktikan kesepakatan Perikatan Nasional dan sekutu untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat ini.

Apa yang mahu diperkatakan oleh Anwar Ibrahim kali ini? Apa pula retorik yang mahu dilambungkan akibat kegagalan dua sesi penggundian hari ini?

Secara hakikat, Anwar Ibrahim telah gagal membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: