100 Ahli Penggerak Tampin Sertai Bersatu
2 Disember, GEMENCHEH: Penggerak Tampin hari ini telah menyerahkan 100 borang permohonan keahlian menyertai Bersatu.
Pengerusi Penggerak Tampin, Haji Baharuddin Arif Bin Hj Siri menyampaikan borang-borang tersebut kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato Eddin Syazlee pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

Ini adalah sebahagian daripada pengisian Jelajah Penggerak Negeri Sembilan disamping mengadakan perbincangan melibatkan beberapa perkara berkaitan halatuju PN, PKN, PeKT dan kemasukan keahlian PPBM (Bersatu) dengan Penggerak Tampin.
Barisan kepimpinanan Penggerak, NOW, Pemuda Negara dan Wanita Muda Malaysia Tampin hadir ke program ini. Ia turut dihadiri oleh Rosman Jonet, Timbalan Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan dan Setiausahanya, Tang Jayson. PPI
