Anggota Bomba Selamatkan Buaya Sesat
Ketangkasan anggota Bomba Malaysia bukan setakat menyelamatkan nyawa manusia dan menanggani bencana alam, tetapi turut menyelamatkan haiwan. Ini yang terjadi di Kampung Berata, Segamat kelmarin.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Abdullah, Segamat, PBK 2 Mansor Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.29 pagi.


Beliau berkata, susulan itu, tujuh anggota bersama satu jentera dan sebuah kenderaan utiliti dihantar ke tempat kejadian.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat tiba di lokasi pada 4.32 pagi sebelum mendapati buaya terbabit di kawasan belukar berhampiran kediaman penduduk,” katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Berata, Othman Mohamad Diah, 49 berkata, ia adalah kejadian kali pertama membabitkan penemuan buaya di kawasan berkenaan.