Jelajah Penggerak Negeri Sembilan perkukuh halatuju dan komunikasi.
2 Disember, JEMPOL: Penggerak Negeri Sembilan memulakan ‘Jelajah Penggerak Negeri Sembilan’ hari ini ke Jempol dengan pertemuan pimpinan negeri bersama jawatankuasa kepimpinan Penggerak Jempol yang diketuai oleh Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus.
Pertemuan berlangsung di Pejabat PKN Jempol, Bandar Sri Jempol tengahari tadi telah membincangkan beberapa perkara berkaitan halatuju Perikatan Nasional, PKN, PeKT dan kemasukan keahlian PPBM (Bersatu).

Pengerusi Penggerak Jempol, Haji Karip Salleh turut menyerahkan 100 borang keahlian Bersatu kepada Nazree untuk diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato Eddin Syazlee pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.
Kepimpinan Penggerak Negeri Sembilan yang turut hadir adalah adalah Rosman Jonet (Timbalan Pengerusi) dan Jayson Tang (Setiausaha). PPI