Petaling Jaya: bandar raya mampan terbaik dalam negara

Berita baik buat warga kota PJ (Petaling Jaya) kerana bandar raya ini adalah bandar mampan terbaik dalam Malaysia.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah juara bagi anugerah penghargaan bandar mampan bagi kategori bandar raya bersempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, peringkat kebangsaan pada 10hb November lalu, kata Mohd Sayuthi Bakar.

Datuk Bandar MBPJ itu berkata ini menjadikan Petaling Jaya sebagai daerah yang mengungguli pencapaian mampan bagi seluruh bandar raya dalam negara.

“Sejak anugerah ini diperkenalkan pada tahun 2007, MBPJ mencapai tahap mampan sehingga kini.

Petaling Jaya

“Pada tahun 2015 sehingga tahun 2019 MBPJ memenangi Anugerah Bandar Mampan serta Anugerah Khas Pencapaian Konsisten Status Mampan dengan tahap kemampanan 99%,” katanya.

Beliau berkata, MBPJ turut memenangi Anugerah Inisiatif Kejiranan Hijau bagi kategori pejalan kaki, laluan basikal, kebun komuniti dan pengkomposan serta anugerah khas pilihan menteri Wilayah Persekutuan.

Sayuthi turut memaklumkan MBPJ menerima pengiktirafan lima bintang bagi penganugerahan bintang penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan markah keseluruhan yang diperolehi sebanyak 97.6%, menjadikan daerah itu meraih tempat pertama PBT di negeri Selangor dan keempat bagi keseluruhan PBT di seluruh negara.

Beliau memaklumkan, penganugerahan penarafan tersebut diadakan secara dalam talian melalui laman Facebook Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Katanya, penilaian SPB dan PBT bagi edisi kali ini masih mengekalkan empat kriteria utama dan 17 sub kriteria seperti penilaian yang terdahulu.

Katanya, empat kriteria tersebut adalah pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti dan pandangan penduduk.

“MBPJ beriltizam untuk terus memberikan perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap selaras dengan ekspektasi tinggi daripada pemegang taruh MBPJ,” katanya dalam ucapan perutusan, semalam.

Katanya, MBPJ akan sentiasa memantapkan tadbir urus dan sistem perkhidmatan yang terbaik dalam usaha mencapai status majlis ke arah bandar raya pintar, berdaya tahan dan dinamik menjelang tahun 2025.

Sumber Malaysia Now

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: