Penyertaan Bukan Melayu, Perkukuh Bersatu Ampang
5 Disember, AMPANG: Momentum penyertaan secara beramai-ramai ke dalam Bersatu semasa ini membuktikan parti itu telah mendapat keyakinan masyarakat pelbagai kaum.
Hari ini penyerahan borang keahlian Bersatu oleh Dato Sri Barani Karunakaran kepada YB Zuraida Kamarudin selaku MPT Bersatu Nasional dan disaksikan oleh Ketua Bahagian Bersatu Ampang Tuan Isa Saidi serta pimpinan Bersatu Ampang.


Ini merupakan muafakat Ampang demi memperkukuhkan kerjasama rentas kaum yang telah diamalkan warga Ampang.
Penyertaan ini telah membuktikan Bersatu kian utuh di Ampang dan fokus utama Bersatu Ampang adalah untuk memperkukuh Perikatan Nasional demi terus berbakti kepada Rakyat Ampang. PPI