Umno Perak menuju jurang politik

Samada sedar atau tidak sedar, Umno Perak telah memilih jalan ke jurang yang bakal menjunamkan mereka ke dalam gaung.

Jika Umno memilih untuk bergabung dengan PH, ‘pembunuhan politik’ ke atas Umno sememangnya telah berjaya. Konsep bergabung seperti ini bukan suatu dosa besar kepada mana-mana parti politik kerana ia dibenarkan oleh politkk demokrasi. Namun dalam faktor sentimen kepartian, prinsip-prinsip perjuangan organisasi bakal menjadi api pertembungan yang menjulang hingga langit ketujuh!

Sanggupkah gerombolan besar penyokong PH menerima hakikat politik bahawa kepimpinan mereka menghalalkan ‘hubungan unik’ ini demi kuasa? Apa pula gelaran untuk tindakan ini? Jika kewujudan Perikatan Nasional dianggap sebagai kerajaan pintu belakang dan khianati mandat rakyat, apakah pula ini suatu bentuk politik kegampangan?

Secara demografi, Perak terbahagi kepada dua pengaruh politik utama sejak PRU-12, pengaruh politik Melayu dan pengaruh politik bukan Melayu.

Umno menguasai sebahagian besar pengaruh politik Melayu di Perak, manakala selebihnya dikongsi bersama oleh Pas dan Bersatu (Perikatan Nasional) termasuk PAN.

Pengaruh politik bukan Melayu didominasi oleh DAP dan baki kecilnya oleh PKR.

Jika berlaku kesanggupan Umno bergabung dengan PH, Umno sendiri telah membunuh perjuangan mereka sendiri dan ia membuka peluang besar kepada Perikatan Nasional khususnya Bersatu dan Pas menggunguli pengaruh politik Melayu di Perak.

Tambahan pula situasi semasa ini, Bersatu melakukan dinamik politik organisasi dengan menerima dan membuka keahlian buat warganegara Malaysia bukan Bumiputera yang bakal diserap bawah sayap parti. Jangan lupa juga Pas telah ada sayap Bukan Islam iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas. Kedua-dua parti ini akan melakar landskap baru siasah Malaysia seterusnya. Umno yang akan terus ketinggalan dengan kekal menjadi parti berasaskan kerangka lama dominan satu kaum.

Secara strategik, ‘langkah’ Umno Perak itu telah terpesong daripada permuafakatan politik dengan Perikatan Nasional. Mungkin sentimen ‘Big brother’ masih menguasai, tetapi mereka langsung tidak muhasabah diri atas situasi yang dilalui oleh Umno Sabah. Selama tiga penggal dari tahun 2004 hingga 2018, Umno Sabah gagah berkuasa selesa lebih dua pertiga melalui BN akhirnya dominasi itu pecah berderai pada PRU-14 lalu.

Kali terakhir Umno memenangi 31 daripada 32 kerusi dun Sabah yang ditandingi semasa PRU-13 (2013), Umno hanya menang 17 semasa PRU-14 dan merosot kepada 14 kerusi sahaja semasa PRN ke-16 pada 26 September lalu.

Apakah Umno Perak tidak melihat trend itu telah berlaku di Perak? Jika diperkirakan kedudukan sejak 2004 iaitu persempadanan baru yang mewujudkan sejumlah 59 kerusi dun Perak, Umno tidak lagi menikmati kedudukan selesa sebagaimana penggal ke-11 yang menang semua kerusi ditandingi iaitu 34 kerusi dun. Pola kemenangan Umno mengikut PRU turun naik dengan menang 27 kerusi pada PRU-12, kemudian 30 kerusi dun pada PRU-13 dan PRU-14 merosot kepada 25 kerusi dun.

Tanpa sokongan Pas dan Bersatu, Umno Perak sudah membina batu nesan sebelum tiba kematian besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: