Ketua Kampung Baru Cina JPKKP bantu B40 & pembangunan kampung
Pelantikan Ketua Kampung Baru Cina atau dikenali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dijenamakan semula dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mempunyai peranan tersendiri yang penting dalam usaha menggerakkan komuniti tersebut.
Menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Selayang, YB Hajah Zuraida Kamaruddin turut menjawab peranan penting ketua-ketua kampung baru cina ini antaranya sebagai agen menyebarluaskan dasar-dasar semasa Kerajaan Persekutuan kepada penduduk masyarakat agar tiada yang tercicir.
Selain daripada itu, lantikan ini juga akan menguruskan hal-hal kebajikan dan kesejahteraan penduduk secara teratur selain melaksanakan program-program komuniti bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.

Selain pelantikan JPKK di bawah Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) juga diwujudkan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang lantikannya adalah di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, jelas YB Hajah Zuraida lagi.
Lantikan itu juga berfungsi bagi membantu Kementerian mengenal pasti projek-projek pembangunan di kampung yang diperlukan oleh penduduk kampung dan mengenal pasti golongan miskin dan B40 yang memerlukan bantuan baik pulih rumah.
Tiada sebarang istilah Majlis Tempatan digunakan di Kampung Baru Cina.