Penggerak NS jalin kerjasama strategik dengan Bomba Malaysia
8 Disember, PUTRAJAYA: Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Putrajaya.
Rosman yang juga Timbalan Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan telah bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yang Amat Setia Dato’ Seri Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid tengahari tadi.
Kedua-dua mereka telah membincangkan beberapa perkara strategik khususnya program-program yang boleh dijalankan bersama antara Bomba Malaysia dengan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di Negeri Sembilan.
Semasa pertemuan itu juga, Dato’Seri Mohammad Hamdan turut menerangkan secara khusus program penting Bomba Malaysia iaitu Celik Suri dan Kluster Dasar Komuniti Negara yang melibatkan peranan Jabatan Bomba iaitu Bomba Komuniti dan Kempen Kesedaran keselamatan kebakaran.

Menurut beliau lagi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia komited untuk menjalankan program kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan kebakaran.
Seiring dengan Dasar Komuniti Negara yang diperkenalkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida Kamaruddin, usahasama dan jalinan strategik antara PeKT Negeri Sembilan akan melancarkan usaha-usaha pemberdayaan masyarakat.
Kunjungan hormat ini turut membuka hubungan lebih akrab antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan bagi menjayakan program-program kemasyarakatan di lapangan. PPI