Usul Pembangkang Potong Peruntukan PeKT Ditolak Dewan Rakyat

Sesi membahas usul pemotongan bajet bagi Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) hangat apabila beberapa MP pembangkang dari PKR mengganggu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin menjawab soalan lisan berkaitan.

MP Lembah Pantai, Tanjung Malim Bayan Baru dan Padang Serai, dilihat mengganggu Hajah Zuraida ketika membahas jawapan yang dikemukakan.

Namun Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tetap tenang dan bertegas untuk meneruskan membahaskan jawapan tanpa memberi laluan kepada pembangkang.

Ketika gangguan berlaku, Hajah Zuraida sempat membalas pantun sinis kepada MP Tanjung Malim, “Ada belanga ada petai, ada telinga tak nak pakai!”.

Beliau berjaya menjawab soalan-soalan lisan yang dibangkitkan dengan rumusan yang ringkas dan padat.

Usul yang dikemukakan oleh MP Tanjung Malim tersebut tidak mendapat sokongan Dewan Rakyat dan telah ditolak. Undian secara suara memihak kepada pihak kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: