Mantan Adun Chuah Sertai Bersatu
10 Disember, SEREMBAN: Mantan Adun Chuah, Chai Tong Chai hari ini telah menyertai Bersatu.
Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Kampung Baru Cina telah menyerahkan Borang Permohonan Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus.
Chai Tong Chai adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Chuah dua penggal (2008-2018) lalu, pernah menjawat jawatan Ketua Cabang PKR Telok Kemang (2014-2018).
Penyertaan beliau ini akan meneruskan momentum kemasukan Bukan Bumiputera ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Negeri Sembilan muktahir ini.

Bersatu Negeri Sembilan amat bertuah kerana dua Penyelaras Menteri KPKT iaitu Rosman Jonet dan Chai Tong Chai telah menyertai parti ini. Kebetulan kedua-dua mereka ini pernah bergandingan Ketua dan Timbalan Ketua PKR Telok Kemang pada sesi 2014-2018.
Kemasukan Chai juga mampu memainkan peranan penting sebagai penghubung kepada kaum Cina untuk menyertai Bersatu seterusnya.
Dalam masa terdekat, Nazree Yunus bersama pimpinan Penggerak Negeri Sembilan akan menyerahkan Borang Permohonan Keahlian Bersatu kepada Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith pada satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

