Unit Komunikasi OKU diwujudkan, cubaan PH gagalkan Bajet Mesra OKU tak berjaya

10 Disember, KUALA LUMPUR: Sekali lagi PH mahu melaksanakan ‘balas dendam politik’ kepada Perikatan Nasional khususnya ke atas menteri-menteri G10 Blok Azmin Ali.

Hari ini, kesungguhan PH terserlah melalui kecaman-kecaman keras sepanjang celahan semasa Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah menjawab dan membahaskan soalan-soalan yang dibangkitkan berkenaan usul pembangkang pemotongan ke atas peruntukan kewangan kepada JKOM.

MP Shah Alam, Bayan Baru dan Tanjung Malim antara yang bertindak sebagai ‘barking dog’ menjerit perkataan ‘pengkhianat’ dan ‘kerajaan pintu belakang’.

Namun begitu di sebalik gangguan yang dibuat oleh MP-MP PH, peruntukan berkaitan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan undian belah bahagi, seramai 107 menyokong dan 100 tidak menyokong.

Dato’ Saifuddin turut menegaskan semasa perbahasan menjawab soalan lisan berkaitan, selain sebagai ‘foot-soldier’ unit penerangan dasar-dasar kerajaan, JKOM akan mewujudkan sebuah unit Komunikasi OKU bagi mengakar-umbikan maklumat iaitu penyampaian maklumat dan dasar-dasar kerajaan terus kepada masyarakat khusus kepada golongan OKU, yang selama ini tidak mengetahui dan tidak mengambil peluang memohon serta menikmati pelbagai inisiatif OKU yang telah diberikan oleh kerajaan.

Ini suatu kejayaan bermakna Perikatan Nasional mempertingkatkan tahap capaian sebaran maklumat kepada masyarakat melalui penubuhan unit komunikasi ini.

Fokus kerajaan Perikatan Nasional membantu dan memberdayakan masyarakat B40 dan OKU dilihat sebagai usaha strategik mengukuhkan keyakinan rakyat peringkat akar umbi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’Saifuddin Abdullah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: