800 ahli Penggerak NS serah borang keahlian sertai Bersatu

12 Disember, SEREMBAN: Bersatu Negeri Sembilan hari ini telah menerima 800 borang keahlian daripada Penggerak Negeri Sembilan.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut telah berlangsung di Pejabat Perhubungan Negeri Bersatu Negeri Sembilan di Jalan Dato Muda Linggi, Seremban.

Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus telah menyampaikan 800 borang keahlian ahli-ahli Penggerak Negeri Sembilan kepada Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.

Turut hadir seluruh pimpinan Bersatu Negeri Sembilan dan Penggerak Negeri Sembilan. Pimpinan Penggerak Negeri Sembilan yang hadir adalah Rosman Jonet (Timbalan Pengerusi), Naib-naib Pengerusi iaitu Rosli Omar dan Baharuddin Arif Siri, Chai Tong Chai (Penyelaras KPKT Bagi Kg Baru Cina), Tang Jayson (Setiausaha), Khairul Mohd Nasir (Ketua Penerangan) dan Siti Fatimah Amir (Pengerusi NOW Negeri Sembilan) serta Pemuda Negara.

Penyertaan ahli-ahli Penggerak Negeri Sembilan ini dilihat akan memperkuatkan kedudukan politik dan organisasi Bersatu Negeri Sembilan.

Serahan 800 borang keahlian Bersatu hari ini merupakan fasa pertama dan akan menyusul lagi 2000 ahli Penggerak Negeri Sembilan menyertai Bersatu dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: