Melestarikan Tapak Runtuhan Highlands Tower
Semalam satu kenyataan rasmi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin mengenai cadangan melestarikan tapak runtuhan bangunan Highlands Tower yang sudah bertahun terbiar.
Ada laporan media utama telah tersasar maksud daripada cadangan KPKT ini yang memberitakan bahawa ‘sebuah tugu peringatan akan dibina’ di lokasi tersebut.

Cadangan melestarikan tapak tersebut adalah usaha menjadikan ia sebagai tapak bersejarah, melaksanakan usaha-usaha mengindahkan kawasan runtuhan dengan landskap yang lestari dan ceria.
Apabila salah melaporkan berita, ia telah mencetuskan salahfaham dan kecaman akibat perspektif yang tersasar.

Langkah melestarikan tapak runtuhan tersebut adalah memberi nafas baru suasana, penduduk-penduduk kawasan sekitar juga resah kerana kawasan runtuhan yang terbiar bertahun-tahun ini menjadi sarang gejala sosial. Sudah pasti isu kesejahteraan masyarakat setempat menjadi keutamaan kepada cadangan melestarikan tapak runtuhan Highlands Tower.
Ia langkah positif agar imej tapak yang dikenali sebagai ‘lokasi berhantu’, usang dan terbiar dapat dinaiktaraf menjadi tapak yang memberi impak baik buat masyarakat setempat.
Hariz Aizat bin Mahyudin
Ketua Penerangan,
Penggerak Selangor