RM2 Juta Peruntukan Pembangunan Naiktaraf Tanjung Sedili

12 Disember, KOTA TINGGI: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini telah mengumumkan peruntukan awalan RM2 juta bagi tujuan pembangunan dan naiktaraf di Tanjung Sedili, Kota Tinggi.

Sejumlah RM1 juta daripada peruntukan awalan diumumkan tersebut adalah melibatkan naiktaraf jeti polis marin dan kompleks penjaja Pekan Tanjung Sedili.

Manakala sebahagian lagi RM1 juta adalah untuk pembangunan infra dan naiktaraf lokasi pelancongan di Jason Bay yang dikenali sebagai Teluk Mahkota.

Turut sama dalam lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini adalah ahli parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Wira Halimah Sadique yang juga Menteri Perpaduan dan Kemasyarakatan.

Hajah Zuraida juga turut melawat ke Pusat Pembiakan Belangkas di Sedili Kecil yang merupakan pusat ternakan belangkas terbesar di Asia Tenggara. Pusat Pembiakan Belangkas Sedili Kecil ini adalah pengeksport utama belangkas untuk Thailand dengan 98 peratus hasil dihantar ke negara tersebut manakala dua peratus lagi untuk pasaran tempatan.

Halimah melahirkan rasa penghargaan buat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas pengumuman peruntukan awalan RM2 juta untuk pembangunan infra di Tanjung Sedili.

Pengumuman peruntukan awalan itu juga akan memberikan impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat sekitar Tanjung Sedili dan Daerah Kota Tinggi yang menjadi daerah pelancongan bersejarah di Johor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: