Pengerusi Penggerak Pahang bersama 300 ahli sertai Bersatu Kuantan
13 Disember, KUANTAN: Hari ini, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Pahang, Zakaria Abdul Hamid bersama 300 anggota PKN Kuantan telah mengumumkan penyertaan ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Bersatu, Bahagian Kuantan, Negeri Pahang Darul Makmur.
Penyerahan borang keahlian telah diterima Mohd Hafeez Yunus, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Kuantan hari ini.

Zakaria akan mengetuai Biro Kebajikan Rakyat, Kebudayaan dan Kesenian; serta akan menggerakkan aktiviti persiapan pilihanraya di cawangan Medan Tok Sira dalam Bahagian Kuantan berkenaan.
Penyertaan Zakaria akan disusuli dengan penyertaan anggota PKN seluruh Pahang yang dianggarkan seramai 3,500 orang dalam tempoh terdekat ini.
Kemasukan anggota PKN ini akan dapat membantu memperkukuhkan Bersatu Negeri Pahang khasnya, dan Malaysia amnya, sekaligus memberi sokongan moral kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menangani pandemik Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara. PPI