Dewan Rakyat Lulus Bacaan Ketiga Belanjawan 2021

15 Disember, KUALA LUMPUR: Hari ini Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RRU) Perbekalan (Belanjawan 2021) untuk Bacaan Ketiga.

Belanjawan 2021 diluluskan melalui undian belah bahagi dengan 111 MP menyokong manakala 108 MP tidak menyokong. Seorang MP tidak hadir iaitu MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Semalam, Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh telah mengadakan sidang akhbar bersama, menyatakan bahawa Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin bakal ditumbangkan melalui undi menolak Bacaan Ketiga Belanjawan 2021.

Namun hari ini, situasi berlainan berlaku. Sebelum undian belah bahagi meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021, Dewan Rakyat telah meluluskan peruntukan belanjawan Kementerian Pendidikan melalui suara majoriti manakala peruntukan kewangan bagi Kementerian Pengajian Tinggi diluluskan secara undian belah bahagi dengan 111 menyokong dan 108 menolak.

Dua hari sebelum itu heboh diperkatakan Anwar Ibrahim sudah mendapat sokongan SD 113 MP yang turut melibatkan nama 10 MP daripada UMNO. Kemudian semalam juga, 10 MP yang dikaitkan tersebut menafikan dakwaan khabar berkenaan.

Kejayaan Belanjawan 2021 Bacaan Ketiga diluluskan ini memberi kemenangan moral dan politik buat Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional.

Kerajaan Perikatan Nasional mendapat sokongan 111 MP dengan pecahan; Perikatan Nasional (50), Barisan Nasional (41), Gabungan Parti Sarawak (18), Parti Bersatu Sabah (1) dan Bebas (MP Lubok Antu).

Blok Pembangkang pula dengan 108 MP dengan pecahan; Pakatan Harapan (91), Warisan (8), Pejuang (4), Parti Sarawak Bersatu (2), UPKO (1) dan dua bebas (Muar & Simpang Renggam).

Sepanjang perbahasan peringkat jawatankuasa, sebanyak 27 peruntukan kewangan kementerian telah diluluskan oleh Dewan Rakyat samada melalui undian belah bahagi dan undian suara majoriti.

Dakwaan Anwar Ibrahim memiliki angka sokongan kekal menjadi retorik politik. Malah beberapa hari lepas telah heboh isu screenshot perbualan whatapps pimpinan AMK yang hilang kepercayaan dan keyakinan ke atas Anwar Ibrahim. Bekas anak didik Anwar, Rafizi Ramli turut membidas Anwar kerana mempercayai pengampu-pengampu di keliling beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: