Jangan mudah kelirukan rakyat Selangor, tegas Setiausaha Penggerak Selangor.
Sekali lagi kekeliruan mengenai peranan PeKT atau Penggerak Komuniti Tempatan yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dianggap sebagai ‘overlap’ peranan ahli majlis PBT oleh kenyataan Exco Selangor YB Ng Sze Han hari ini.
Walaupun telah dijelaskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin dalam setiap rangkaian media, kenyataan Exco Selangor tersebut mempunyai tujuan politik dan bukan fokus kepada isu urustadbir yang hendak diperkatakan.
PeKT tidak terikat dengan undang-undang kecil PBT khusus peranan ahli-ahli majlis PBT kerana PeKT adalah rakan strategik komuniti yang menjadi agen komunikasi memberdayakan masyarakat B40 berdasarkan teras penting Dasar Komuniti Negara.

Secara terang lagi jelas, PeKT tidak berada di bawah kuasa mana-mana PBT apatah lagi membawa nama PBT sebagaimana didakwa oleh YB Ng Sze Han.
Harus difahami bahawa PeKT dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui tapisan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan dengan syarat-syarat khusus berdasarkan merit. Tiap PeKT akan menjalankan lima peranan utama yang termaktub dalam Dasar Komuniti Negara.
Kenyataan YB Ng Sze Han juga terserlah agenda politik yang mahu menafikan usaha-usaha pemberdayaan komuniti khusus masyarakat B40.
PeKT adalah suatu usahama ‘engagements’ secara akar umbi melibat majoriti komuniti dalam hal-hal pemberdayaan seperti hal keselamatan kediaman, kebersihan, ekonomi, urustadbir komuniti dan pemantapan komunikasi masyarakat. Faktor-faktor ini yang tidak mampu atau di luar keupayaan untuk dilaksanakan oleh tiap ahli majlis PBT secara akar umbi.

Sepatutnya dengan kewujudan PeKT ini akan lebih melicinkan beberapa urusan kemasyarakatan dan urustadbir kediaman komuniti yang tidak mungkin dapat dijalankan secara menyeluruh oleh PBT. Ini isu memperkasakan usaha berdikari masyarakat yang secara langsung membantu PBT seperti kebersihan kediaman.
Keterbukaan minda secara professional sebagai pentadbir kerajaan negeri perlu ada dalam pemikiran YB Ng Sze Han daripada bermain sentimen politik kepartian yang melampau. Rakyat akan menilai sikap anda dan jangan memandang rendah keupayaan masyarakat dalam memberdayakan peranan sosio-ekonomi.
Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee
Setiausaha Penggerak Selangor