Teori Kamal Hatta: Anwar sudah layak bersara!

Akhirnya Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional berjaya selepas Dewan Rakyat luluskan Belanjawan 2021 dengan undian belah bahagi. Masih berdiri kerajaan Perikatan Nasional untuk meneruskan agenda melawan Covid-19 dan prihatin rakyat.

Anwar Ibrahim kekal kena game, terus menipu dengan retorik angka dan patut bersara politik. Sejak dia umum Meridien Move konon ada angka sokongan menyakinkan 130 MP pada 23 September lepas, Anwar dah jadi Pak Lawak politik terhebat di Malaysia. Aku pasti kalau dia masuk Maharaja Lawak, boleh jadi juara bai!

Projek 16 September 2008

Kau orang baca kenyataan rasmi dia semalam. Nampak sangat dia tak muhasabah diri. Propa gempak macam nak tumbang kerajaan, kekal tin kosong yang bising lebih. Paling sedih kena kencing adalah pentaksub fanatik Anwar. Ketua AMK Malaysia pun membawang dalam grup whatapps pimpinan AMK hilang keyakinan dengan Anwar. Malang langkah Anwar sejak menang tanpa bertanding Presiden PKR dan selepas menjadi MP Port Dickson.

Suwey politik akibat ‘gerakan Anwar’ bukan baru-baru ini dah jadi. Sejak 2014 lagi…Kajang Move jadi punca perpecahan Pakatan Rakyat. Ini game jangka pendek yang jahat untuk pecah belahkan Pas. Nasib baik Azmin bijak handle situasi. Itu pun sebab Anwar kena sumbat dalam Sungai Buloh.

Anwar kena terima hakikat dia dah gagal dalam gerakan untuk menolak Belanjawan 2021. PH sendiri tak cukup angka untuk menafikan tiap undian belah bahagi sepanjang perbahasan peringkat jawatankuasa peruntukan kewangan 27 kementerian. Anwar kalah teruk dibelasah Perikatan Nasional 27-0. Kalau ikut aggregat, Perikatan Nasional menang 29-0.

Lu orang jangan sengal membaca angka! Perikatan Nasional ada angka singnifikan 111 MP berbanding blok pembangkang dengan angka 108 MP. Itu pun kalau dua MP (Batu Sapi dan Gerik) masih hidup, Anwar tetap kalah.

Sudah-sudahlah nak kata Muhyiddin dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan majoriti tipis. Anwar pun dua hari sebelum bacaan ketiga meluluskan Belanjawan, dikhabarkan dia sudah ada 113 SD. Bukan ke itu jugak angka majoriti tipis? Atau aku dengan kau orang semua bodoh matematik mudah ni? Anwar sudah menipu bab angka sokongan sejak 2008 lagi. Kalau dia betul ada sokongan, dah lama bertukar kerajaan.

Azmin lagi cekap daripada Anwar. Senyap-senyap je boleh manuver tukar kerajaan hasil idea Mahathir melalui Sheraton Move. Senyap tapi gempar dan menjadi.

Anwar pulak lain, suka gempar kemudian kepoh tapi sembang kosong. Tak pernah jadi pun bai! Kena kencing je semua ahli PKR.

Harap Anwar segera muhasabah diri. Tumpu usaha bantu rakyat Port Dickson kalau tak berdaya nak bantu rakyat Malaysia. Dulu sebelum kempen bukan main berlakon jogging dengan kutip sampah tepi pantai. Dia tak perlu nak desak Muhyiddin Yassin untuk letak jawatan. Permainan politik begini membuat rakyat bosan.

Tak mustahil DAP akan desak Anwar supaya berundur.

—KAMAL HATTA

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: