Desakan pembangkang mahu Anwar berundur makin lantang

(FMT News) Pakatan Harapan semakin bergolak dengan pemimpin pembangkang semakin lantang menggesa Anwar Ibrahim untuk berundur demi kebaikan gabungan itu.

Ketua Pemuda DAP Sabah, Phoong Jin Zhe berkata Anwar gagal menunaikan janji untuk menubuhkan kerajaan baharu , sekali gus menjejaskan kredibiliti PH. Phoong yang juga ADUN Luyang berkata janji Anwar untuk memperolehi majoriti kuat dan menyakinkan untuk menubuhkan kerajaan baharu tidak berhasil “Janji (Anwar) bahawa beliau mempunyai majoriti kuat dan menyakinkan tidak menjadi manakala cubaan untuk menubuhkan kerjasama dengan UMNO juga disangsi ramai pihak,” kata beliau.

Phoong berkata ramai pihak juga dukacita berikutan kegagalan Anwar memastikan Dewan Rakyat menolak Belanjawan 2021 yang lemah dan tidak mampu membela rakyat.

“Semua ini menghakis keyakinan rakyat terhadap PH. Ketua Pembangkang diejek kerana tidak menunaikan janji,” tambah beliau.

“Jika kita iklas mahu membina Malaysia 2.0, kita mesti memperjuangkan politik baharu sekarang,” kata beliau.

Phoong berkata kegagalan PH menyelesaiakan kemelut kepimpinan akan menyebabkan pembangkang kehilangan sokongan. “Pemimpin baharu, dasar baharu, pemikiran baharu (diperlukan),” kata beliau.

Dalam pada itu, presiden UPKO dan Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau turut meminta Anwar menghentikan “politik nombornya”, merujuk kepada cubaan Anwar memperolehi sokongan majoriti di Parlimen untu menumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata PH harus menghentikan politik yang semata-mata memberi fokus kepada menawan Putrajaya kerana akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’

Pagi tadi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa Anwar berhenti membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan Perikatan Nasional “oportunis” yang memperalatkan mereka.

Dua pemimpin itu dalam kenyataan bersama berkata, PH perlu menghadapi hakikat pembangkang memerlukan anjakan politik baru, susulan kegagalan mereka menghalang belanjawan persekutuan diluluskan.

Presiden Warisan Shafir Apdal sebelum ini turut menegaskan pembangkang mempunyai perubahan kepimpinan jika tidak mahu kewibawaan dan sokongannya terjejas di kalangan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: