Lebuhraya SUKE, DASH bakal pacu pertumbuhan ekonomi, kata pakar

(FMT News) PETALING JAYA: Seorang pakar pengangkutan, ahli ekonomi dan ketua kumpulan perniagaan meramalkan projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bakal meningkatkan ekonomi Malaysia selepas siap dibina.

Perunding perancangan pengangkutan, Rosli Azad Khan berkata, manfaat segera daripada kedua-dua lebuh raya itu adalah waktu perjalanan lebih singkat, membolehkan pengguna menjimatkan kos perjalanan.

“Dalam kes SUKE, ini adalah jalan pintas yang berguna kerana pengguna tidak perlu melalui lingkaran jalan Kuala Lumpur yang selalunya sesak dan memakan masa,” katanya

Walaupun pengguna perlu membayar tol, Rosli berkata, caj tambahan kecil itu mungkin tidak terlalu menjejaskan pengguna jalan raya.

Katanya, masa perjalanan lebih singkat bermaksud sistem logistik lebih berkesan, di mana ekonomi negara bergantung padanya.

“Semakin rendah kos agihan, terutamanya untuk barangan dan perkhidmatan, semakin baik dan produktif sistem logistik itu. Jalan yang selalu sesak tidak akan menyumbang secara berkesan kepada ekonomi negara,” katanya.

Ahli ekonomi, Geoffrey Williams bersetuju dengan berkata, pelaburan prasarana seperti SUKE dan DASH pada umumnya setara dengan pertumbuhan ekonomi, kerana ia menambah nilai kepada tanah di sekitar lebuh raya itu.

Katanya, laluan pengangkutan mempunyai kesan positif yang ketara ke atas negara dalam jangka panjang, terutamanya bagi masyarakat setempat dan golongan berpendapatan rendah.

Kedua-dua lebuh raya itu dibina Kumpulan Syarikat Prolintas dan akan menjadi sebahagian lingkaran jalan baru yang akan memudahkan pergerakan pengguna jalan raya antara bandar dan pusat bandar.

Selain menghubungkan lebih 100 lokasi berkepadatan tinggi, SUKE dan DASH menawarkan sistem penyuraian trafik yang berkesan dan, paling penting, akan mempromosikan aktiviti ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: