Pengarah Strategik Komponen PH Tutup Mulut

(SinarHarian) SHAH ALAM – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) ‘menutup mulut’ ketika ditanya mengenai hala tuju pembangkang selepas kegagalan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam undian Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat.

Antara yang enggan memberikan komen ialah Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong.

“Tiada komen. Terima kasih,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Selain itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Zin turut mengunci mulut.

“Saya tiada komen mengenai perkara itu, minta maaf,” katanya.

Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan, beliau tidak diizinkan menjawab soalan terbabit.

“Saya tak diizinkan menjawab soalan-soalan itu sebab ia akan dijawab Presiden dalam konvensyen. Berbanyak maaf ya,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu menggesa agar PH tidak membuang masa dengan ahli Parlimen oportunis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: