Perikatan Nasional Tubuh Majlis Presiden

(SinarHarian) SHAH ALAM – Parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing.

Menurut Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, penubuhan majlis tersebut adalah platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

“Bagi menyelaraskan Majlis Presiden tersebut, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam Kerajaan PN juga ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu dibuat selepas mesyuarat antara ketua-ketua parti dalam kerajaan PN yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua-ketua parti yang hadir pada mesyuarat tersebut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Profesor Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Hadir sama, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili; Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Haji Awang Tengah; Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum; Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup dan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Edward Dagul.

Selain itu, Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Paul Igai; Setiausaha Agung MIC, Datuk Asojan Muniyandy dan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi.

Pada mesyuarat itu juga, parti-parti terbabit turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: